0

Harga Petrol Kekal, Diesel Naik 2 Sen

Posted by MALAYsian on 7:32 PM

KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan petrol RON95 dan RON97 kekal yang berkuatkuasa selepas tengah malam.

Menerusi Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Petrol RON95 dan RON97 masing-masing berharga RM2.30 dan RM2.58 seliter.

Bagaimanapun diesel meningkat 2 sen kepada RM2.25, iaitu kembali pada harga dua minggu lalu.

Harga terbaharu itu bermula 30 Nov hingga 6 Dis depan.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan MOPS (Mean of Platts Singapore) serta kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.