0

TERIMA KASIH PM - PERUNTUKAN SEGERA RM 6 JUTA

Posted by MALAYsian on 11:37 PM


0

PM Umum Bantuan RM6 Juta Kepada Rakyat Perlis

Posted by MALAYsian on 11:33 PM


KANGAR 19 Jun - Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 juta iaitu RM3 juta bagi kegunaan membaik pulih rumah rakyat dan bakinya untuk memperbaiki jalan yang rosak.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap melalui peruntukan tersebut dapat membantu rakyat negeri ini.

"Saya berharap agar rakyat negeri ini dapat terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kemenangan 3-0 (kemenangan ketiga-tiga kawasan Parlimen)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa menghadiri Majlis Perdana Menteri Bersama Kepimpinan Akar Umbi UMNO Negeri di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.



UTUSAN ONLINE


0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN

Posted by MALAYsian on 4:39 AM
HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN
22 JUN - 28 JUN 2017

0

MENJAWAB KENYATAAN TS MUHYIDDIN YASSIN MENGENAI SAMAN TERBARU DOJ AMERIKA

Posted by MALAYsian on 6:32 PM

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menangguk di air keruh memfitnah secara liar terhadap DS Najib, DS Rosmah dan 1MDB ekoran permohonan terbaru saman sivil DOJ Amerika.

2. Saman sivil DOJ tidak membuktikan mana mana pihak telah melakukan jenayah. Sama seperti pendirian Peguam Negara Malaysia.

3. Ia difailkan berdasarkan aduan awam dan seperti kenyataan DOJ sendiri, ia tidak membuktikan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat dalam aduan ini benar melainkan selepas mahkamah AS memutuskan ia adalah benar.

4. Jika DOJ mempunyai bukti prima facie mengenai setiap dakwaan, sudah tentu DOJ akan membuat pendakwaan langsung terhadap penjenayah yang terlibat dan merampas aset aset tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS dan undang2 lain yang berkaitan.

5. Dalam saman sivil DOJ yang terbaru, 1MDB, DS Najib dan DS Rosmah bukan pihak yang tertuduh dan bukan defendan. Dalam saman sivil ini pihak yang dinamakan sebagai defendan adalah Viceroy Hotel Group manakala pihak yang berkemungkinan terjejas dengan saman ini seperti yang tertulis dalam dokumen 251 mukasurat DOJ adalah Low Taek Szen; JW Hospitality (VHG Intl) Ltd.; FFP (Cayman) Ltd.; Mubadala Development Company PJSC; Viceroy Hotel Group; dan Jynwell Capital Ltd.

6. Seperti selepas pengumuman pemfailan saman sivil kali pertama dulu, Muhyiddin sekali lagi telah membuat tuduhan melulu terhadap DS Najib, sedangkan saman sivil ini baru sahaja diperingkat fail. Belum ada sebarang perbicaraan dibuat dan sudah tentu bila belum ada perbicaraan, maka tiada pihak dibuktikan bersalah lagi oleh Mahkamah AS.

7. 1MDB telah menegaskan berulang kali bahawa wang syarikat tersebut tidak dicuri. Dapatan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara juga mendapati tiada wang 1MDB yang dicuri. Malah persetujuan penyelesaian luar mahkamah timbang tara bersama syarikat IPIC dari Abu Dhabi juga membuktikan bahawa wang 1MDB telah digunakan untuk urusan perniagaan.

8. Tidak perlulah Muhyiddin mengulangi skrip lapuk yang telah berulang kali gagal membuktikan sebarang salah laku. 1MDB hari ini telah melalui proses rasionalisasi dengan baik dan berjaya melunaskan sebahagian besar hutangnya. Projek hartanah 1MDB seperti TRX berjalan dengan lancar dan baru2 ini bank antarabangsa HSBC bersetuju melabur RM1 bilion di sini. Manakala projek Bandar Malaysia juga telah meningkat nilai pasarannya dan terdapat syarikat yang berminat melabur RM40 bilion di dalam projek Press Statement Dr Puad Zakarshi, 17hb Jun 2015.

9. Justeru, Tan Sri Muhyiddin tidak layak untuk membuat apa2 komen terhadap Perdana Menteri dalam isu kenyataan DOJ yang terbaru ini.

10. Saya berkata sedemikian sebab wujud pendapat yang mengatakan bahawa dokumen DOJ tersebut dikarang oleh orang Malaysia. Ini semua komplot nak jatuhkan Perdana Menteri sama saperti 'Rome Summit' yang saya pernah membongkar pada May 2015.

11. Tan Sri Muhyiddin terlebih dahulu perlu menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Sdr Mohamed Hafiz Azhar, Exco Armada mengenai skandal Nika Ghee. Hari ini genap setahun skandal Nika Ghee terbongkar.

12. Saya juga menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin terlebih dahulu isytihar kekayaan kaum keluarga sebelum mahu berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi. Jangan jadi seorang munafik sebab semua orang tahu sangat siapa Tan Sri sebenarnya. Maka sebab itulah Pakatan Harapan pun tolak Tan Sri Muhyiddin.



0

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DI MUSIM PERAYAAN INI

Posted by MALAYsian on 6:26 PM


0

SELAMAT DATANG PM

Posted by MALAYsian on 6:25 PM


0

JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH

Posted by MALAYsian on 1:25 AM


0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN

Posted by MALAYsian on 8:07 PM
Alhamdulillah.. Harga bahan api minggu ini turun sedikit berbanding minggu lepas



0

PUASA RAMADHAN HAPUS DOSA LAMPAU

Posted by MALAYsian on 10:21 PM


0

DUA DUA KENA LETAK JAWATAN DI FGV

Posted by MALAYsian on 10:16 PM
Oleh : Mohd Puad Zarkashi


Pertelingkahan yang menjadi peperangan terbuka antara Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad amat mendukacitakan. Ini episod memalukan kerana amat ketara sekali tidak ada musyawarah sesama mereka. Mana mungkin mereka boleh bekerjasama selepas ini.

Apakah ia akan menjadi fenomena berterusan dalam pengurusan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu? Apakah selepas ini akan ada lagi episod pertelingkahan antara Pengerusi dan CEO atau Ketua Pengarah menyebabkan salah satu daripadanya dipaksa mengambil cuti atas alasan untuk siasatan dalaman yang sebenarnya proses pemecatan atau disuruh meletak jawatan?

Sewajarnya kedua dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil jalan yang lebih bermaruah. Biarkan muka baru dan tenaga baru mengambil alih dan meneruskan usaha agar FGV menguntungkan "shareholders" terutamanya para peneroka.

Kedua duanya tidak perlu menunggu campur tangan Perdana Menteri. Ambil jalan mengalah. Letak jawatan segera. Mereka berdua perlu dipisahkan. Biar mereka berada di tempat baru tetapi berlainan.

Sampai masanya dikaji semula bidang kuasa seseorang Pengerusi, CEO, termasuk siapa yang berkuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah agar institusi berkaitan bukan menjadi medan kepentingan peribadi.

Ada kalanya kita mendengar seseorang Pengerusi menjadi Pengerusi pula kepada beberapa anak anak syarikat yang lain. Kalau satu dua tidak mengapa. Terdapat dakwaan, kebanyakan anak anak syarikat Pengerusinya adalah orang yang sama. Apakah ini amalan korporat yang baik? Atau mesti ada jumlah had tertentu supaya ia tidak dimonopoli dan disalah guna oleh seorang individu.

Justeru tunggu apa lagi. Kedua duanya kena letak jawatan supaya tidak berlaku "Trust deficit" yang boleh mengakibatkan harga saham FGV jatuh menjunam. Semoga Pengerusi FELDA Tan Seri Shahrir Samad tidak terlalu lama berdiam diri.

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.