0

Pemandu JASA Ditemui Mati Dalam Kereta

Posted by MALAYsian on 1:38 AM
KUALA LUMPUR – Misteri kereta Toyota Innova tersadai di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Razak dekat Perpustakaan Negara di sini sejak tengah hari semalam terjawab apabila pemandunya ditemui mati oleh pekerja stesen itu. 

Abd Malek Abd Razak, 55, pemandu di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ditemui mati terbaring di dalam kenderaan itu kira-kira jam 9 pagi tadi. 

Pekerja stesen minyak, Shahab Uddin, 26, berkata Abd Malek dilihat berada di stesen minyak berkenaan melalui rakaman litar tertutup sejak jam 1.15 tengah hari semalam. 


Menurut jurucakap polis, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. 

BERNAMA

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.