0

Perlis Masih Dingin

Posted by MALAYsian on 12:00 AM
ARAU 14 Jan. - Fenomena cuaca sejuk masih dirasai di seluruh Perlis dengan penurunan suhu direkodkan mencecah 22 darjah Celsius pada waktu pagi dan suasana dinginnya dapat dirasai sepanjang hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar daerah ini dan Kangar mendapati keadaan cuaca sejuk berangin dan berkabus selain hujan renyai-renyai menyebabkan rata-rata penduduk memakai baju sejuk.

Seorang penduduk, Fauzi Mustafa, 34, yang menetap di Kampung Belat Batu di sini berkata, cuaca sejuk dirasakan hingga ke tulang pada awal pagi sejak beberapa hari lalu menyebabkan dia terpaksa memanaskan air untuk mandi.

Katanya, dia juga terpaksa memakai baju sejuk tebal ketika keluar rumah terutama pada waktu pagi dan malam.

Bagaimanapun ujarnya, dia cukup teruja dengan suasana begini memandang Perlis sebelum ini boleh dikatakan agak panas.

“Pada sebelah malam, saya terpaksa menggunakan selimut tebal dan lebih selesa tidak membuka kipas ketika tidur. Suasana nyaman dan dingin pada ketika ini agak sukar dirasai sebelum ini, dan saya sangat menikmati­nya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu di KUALA LUMPUR, Jabatan Meteorologi memaklumkan, fenomena cuaca sejuk yang melanda beberapa bandar termasuk di Arau, Perlis; Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Kuala Krai, Kelantan dan beberapa kawasan lain dijangka kembali normal dengan bacaan asal mulai esok.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari berkata, ini berikutan perubahan cuaca berlaku akibat tiupan angin timur laut kencang dari China yang sedang mengalami musim sejuk.

“Untuk tempoh dua hingga tiga hari ini, keadaan sejuk di­sebabkan litupan awan kurang di seluruh Semenanjung Malaysia yang turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, cuaca sejuk ini hanya bersifat sementara dan tiada kaitan secara langsung dengan penurunan salji di negara ini serta berharap orang ramai tidak mempercayai maklumat yang disebarkan melalui media sosial sewenang-wenangnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, suhu hari ini mencatatkan bacaan 28 darjah Celsius dan pihaknya meramalkan feno­mena cuaca sejuk itu akan berakhir esok dan kembali normal.

Dalam masa sama, keadaan cuaca di dua buah negeri iaitu Pahang dan Johor bertambah baik dan tiada jangkaan hujan lebat berterusan akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

0

Harga Minyak Turun, Diesel Kekal

Posted by MALAYsian on 12:49 AM

PETALING JAYA: Harga baharu bahan api petrol turun sebanyak tiga sen, manakala diesel pula kekal mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan RON97 turun sebanyak tiga sen masing-masing kepada RM2.26 dan RM2.53 seliter.

Manakala harga diesel pula kekal kepada RM2.32 seliter.

Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 17 Januari ini.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.

0

Kos Tunai Haji Kekal RM9,980 - Tabung Haji

Posted by MALAYsian on 6:37 PM

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus yang diperkenal Kerajaan Arab Saudi tidak memberi impak secara langsung kepada jemaah haji muassasah kali pertama.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Seri Johan Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kos bayaran haji kekal sebanyak RM9,980.

"TH sedia maklum dan mengambil kira faktor cukai nilai tambah tersebut dalam pengiraan kos operasi musim haji 1439 Hijrah/2018.

"Namun begitu, keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung oleh TH dijangka meningkat kepada RM400 juta," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Johan mengulas rungutan dan kekeliruan orang ramai mengenai pelaksanaan VAT serta kesannya terhadap kos operasi haji dan jemaah di negara ini.

VAT diperkenalkan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat kali pertama pada 1 Januari lalu, dengan lima peratus dikenakan terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmatan.

Menurut Johan, dalam menjaga kebajikan rakyat agar dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa, TH sejak 2009 telah menanggung lebih daripada RM1 bilion subsidi haji.

BERNAMA

0

Permohonan BR1M 2018 Dilanjut Sehingga 25 Jan Ini - Najib

Posted by MALAYsian on 6:29 PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan pendaftaran untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Jan ini.

"Sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran bagi BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Jan ini.

"Kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, hari ini.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan sebelum ini berkata permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2018 dibuka kepada penerima yang layak bermula 27 Nov hingga 31 Dis lepas.

Kementerian itu berkata, pasangan kepada penerima BR1M tahun sebelumnya yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun sebelumnya perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.

BERNAMA

0

HARGA PETROL DAN DIESEL NAIK

Posted by MALAYsian on 7:12 PM

Harga RON95 dan RON97 naik sebanyak tiga sen masing-masing kepada RM2.29 dan RM2.56 seliter.

Manakala harga diesel naik sebanyak enam sen kepada RM2.32 seliter.

Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 10 Januari.

Mekanisma pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.