0

SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE 84

Posted by MALAYsian on 9:52 PM


0

WARKAH BALAS MUHYIDDIN MEMANG ANGKUH DAN SOMBONG

Posted by MALAYsian on 10:50 PM

1. Seperti perumpamaan, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan tangan, maka warkah balas Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada titah Tuanku Sultan Johor jelas membuktikan dia kaki lawan. Muhyiddin benar benar terasa pedasnya. Itu membuktikan memang dia yang memakan cilinya.

2. Isu utama yang dipersoalkan oleh Muhyiddin dalam warkahnya itu ialah isu "angkuh dan sombong". Dia menganggap Tuanku menyindirnya sebagai seorang yang angkuh dan sombong.

3. Menulis warkah terbuka sebenarnya membuktikan Muhyiddin memang angkuh dan sombong. Dia boleh memohon perkenan Tuanku untuk mengadap jika mahu membuat penjelasan. Bagi rakyat Johor, umum mengetahui sikapnya terhadap istana semasa menjadi Menteri Besar sebab itu dia berpindah ke pusat.

4. Muhyiddin secara angkuh dan sombong hanya sekadar mengambil secebis dari cerita pembangunan negeri Johor, sedangkan ada beberapa perkara di bawah pentadbirannya yang menghantui bangsa Johor hingga ke hari ini.

5. Dana Johor yang diperkenalkan oleh beliau menyebabkan rakyat Johor terbelenggu dengan hutang bank hingga ke hari ini. Menyedihkan kerana ramai dari mereka telah pun meninggal dunia. Muhyiddin menjanjikan harga saham akan naik sampai RM5. Maka kempen membeli saham hingga ke ceruk kampung dilakukan beliau untuk menggalakkan orang kampung membeli saham termasuk berhutang di bank.

6. Apa terjadi kemudiannya. Harga saham jatuh hingga serendah 20 sen ke bawah. Setiap hari orang kampung dikejar bank. Datuk Ghani Othman mencadangkan kepada Tun M agar kerajaan pusat mengambil alih saham tersebut. Jawapan Tun M ialah Dana Johor tidak ada aset. Kalau MAS bolehlah kerajaan pusat beli sahamnya kerana sekurang kurangnya MAS ada aset seperti kapal terbang atau airport. Untuk makluman Bangsa Johor, Tun M lebih berminat menyelamatkan syarikat kroninya termasuk syarikat perkapalan anaknya Mirzan yang bankrap. Nasib orang kampung diabaikan.

7. Dasar penswastaan Muhyiddin hanya menguntungkan satu pihak. Contohnya penswastaan air. Pengurusan air bersih diberikan kepada kroninya. Menakala penswastaan perkhidmatan seperti mengurus paip bocor dan pembayaran bil ditanggung oleh Syarikat Air Johor (SAJ). Bahkan perjanjian berat sebelah itu telah pun dibuat awal iaitu SAJ mesti membeli air bersih daripada syarikat kroni Muhyiddin untuk tempoh 90 tahun. Kenapa penswastaan total tidak ditanggung oleh satu pihak sahaja?

8. Itu juga yang berlaku apabila tanah KEJORA seluas 40,000 ekar diserahkan kepada syatikat kroninya yang sama. Persoalannya kenapa pentadbiran KEJORA tidak diswastakan dan diambil alih keseluruhannya oleh syarikat kroni tersebut?

9. Muhyiddin memang angkuh dan sombong kerana dia tidak suka mendengar penjelasan. Tuanku Sultan dan Menteri Besar Johor sudah pun menjelaskan mengenai projek Forest City. Tetapi dalam warkahnya itu dia masih mempertikaikan projek reclaimation tersebut. Dia memang degil. Sebab itu dalam kes 1MDB dia juga tidak mahu mendengar penjelasan. Akhirnya hingga ke hari ini dia berterusan memfitnah 1MDB kononnya berhutang RM52 Bilion. Hakikatnya rasionalisasi telah pun berjalan termasuk penjualan Edra dan Bandar Malaysia. Sudah tentu hutang 1MDB telah berkurangan.

10. Kesemua itu membuktikan, Muhyiddin memang seorang yang degil, tidak mahu mendengar penjelasan, angkuh dan sombong.

0

TUN M MUKA SELAMBA DI KONVENSYEN REFORMIS MALAYSIA 2017

Posted by MALAYsian on 4:03 PM
Konvensyen ini diadakan untuk mengingati reformis 1998 termasuk Anwar yang kini dipenjarakan kerana isu liwat. Sebelum itu Anwar mendakwa dia dipecat, dipenjara, dilebamkan mata oleh Mahathir kerana Mahathir rasa kedudukannya digugat oleh Anwar.

Tetapi di konvensyen ini, Tun M menebalkan muka untuk hadir walaupun pada tahun 1998 dia digelar sebagai mahazalim. Pada ketika itu Tun M mendakwa demontrasi bukan budaya kita.

Berlaku kekecohan dan kecelaruan ekoran kehadiran beliau di konvensyen ini. Dia di boo. Ada peserta menjerit "Mahathir Zalim". Azmin mendakwa dia tidak pernah menerima arahan Anwar untuk menjatuhkan Tun M pada tahun 1998 itu. Wan Azizah dan Hishamuddin Rais pula mendakwa gerakan reformasi berjaya memaksa Tun M meletak jawatan. Justeru Hishamuddin mendesak supaya demontrasi digunakan sebagai kaedah utama untuk menjatuhkan Najib.

Tetapi Tun M hadir dengan muka selamba. Dia juga turut melaungkan slogan "reformasi". Bahkan dengan tanpa rasa bersalah dia mengatakan pembangkang mesti bersatu untuk menjatuhkan Najib. Dan selepas itu dia bersedia untuk dikenakan tindakan. Itulah Tun M. Dia tahu jika BN tumbang nanti, tiada tindakan akan dikenakan ke atasnya sebab dia sudah kowtim dengan Lim Kit Siang dan DAP.

Dalam item ke 6 Resolusi Konvensyen Reformasi 2017 menyebut, "Tun M bukanlah seorang reformis dan konvensyen ini bukan lah forum untuk meminta pandangannya tentang agenda reformasi.

Kalau begitu apa tujuan mereka menjemput Tun M menghadiri konvensyen tersebut. Satu sebab kata Tun M dia marah pada Anwar ialah kerana ucapannya semasa merasmikan Konvensyen UMNO Johor di Pulau Sibu pada tahun 1998.

Dalam ucapan itu Anwar mengajak rakyat melakukan reformasi sebelum terlambat seperti mana yang berlaku di Indonesia kerana Suharto dijatuhkan melalui demontrasi jalanan.

Bahkan dalam ucapannya itu Anwar mendesak dilakukan reformasi terhadap sistem kewangan negara dan menganggap penubuhan "Danaharta" oleh Mahathir adalah tindakan untuk menghalalkan "Bailout" terhadap syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan yang bankrap akibat krisis kewangan antarabangsa ketija itu.

Maka dakwaan Azmin adalah tidak benar bahawa Anwar tidak pernah merancang untuk menjatuhkan Tun M ketika itu. Bukti liwat dijadikan senjata untuk memusnahkan kembali Anwar. Justeru jangan hairan kehadiran Tun M ke konvensyen kali ini adalah langkah berpura pura untuk terus memusnahkan Anwar kerana dia amat alergik dengan perkataan "reformasi".


0

SAAT KEJATUHAN DINASTI LIM

Posted by MALAYsian on 7:39 PM
Walaupun mendabik dada kononnya DAP memperjuangkan sistem demokrasi tulin, tetapi sudah begitu lama kepimpinan tertingginya dikuasai oleh dinasti keluarga yang tidak demokratik. Pengerusi dan Setiausaha Agung parti dipegang oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tanpa boleh diganggu gugat.

Bagaimana bapa dan anak ini boleh bertahan lama? Bahkan tidak ada tanda tanda mereka berdua ini merancang peralihan kuasa supaya imej dinasti keluarga ini tidak mencemarkan imej DAP yang kononnya memperjuangkan sistem yang demokratik.

Apakah DAP sebuah parti yang demokratik? Ada yang menjawab secara sinis, jika kita percaya Korea Utara adalah sebuah negara yang demokratik kerana ia dikenali sebagai Democratic People's Republic of North Korea (DPRK) maka bolehlah dipercayai DAP juga adalah sebuah parti yang demokratik.

Tetapi realitinya, dinasti Lim terus mencengkam demokrasi dalam DAP sehinggakan pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) DAP pada 15.2.2012 boleh diubah 19 hari kemudiannya (3.1.2013) atas alasan kesilapan teknikal. Zairil Khir Johari yang mulanya tewas dengan 305 undi kemudiannya diistiharkan menang dengan 803 undi. Ahli DAP mendakwa keputusan itu diubah melalui manipulasi pengiraan dalam komputer. Sehingga hari ini RoS masih belum mengiktiraf keputusan pemilihan CEC parti tersebut.

Sebab itu Lim Kit Siang tidak layak membawa slogan "Ubah", kalau dinasti Lim terus menguasai parti dan sistem pemilihan parti masih menggunakan sistem tidak telus. Apatah lagi, anggota CEC parti dipilih oleh sekelompok kecil perwakilan dan bukannya oleh ahli akar umbi yang lebih ramai.

Hari ini tentangan terbuka terhadap kepimpinan dinasti Lim semakin meningkat. Keputusan empat wakil rakyat DAP di Melaka keluar parti adalah petanda bibit bibit penentangan terhadap kepimpinan Dinasti Lim sudah bermula secara terbuka. Kes rasuah Lim Guan Eng yang akan dibicara mulai Mac depan dan kredibiliti Kit Siang yang semakin dipersoalkan memberi petanda bahawa dinasti Lim semakin tertekan.

Kehadiran Mahathir sebagai rakan sekutu Lim Kit Siang turut menjadi pemusnah dinasti Lim. Sebahagian Kepimpinan DAP menganggap Tun M hanya memperalatkan DAP dan Lim Kit Siang untuk memenuhi cita cita peribadinya menjadikan Mukriz sebagai Perdana Menteri.

Justeru, amalan autokratik Guan Eng di Pulau Pinang dan imej Lim Kit Siang yang tidak konsisten dalam banyak isu terutamanya dalam isu Forex dan BMF akan menyebabkan dinasti Lim menunggu masa untuk tumbang.

0

10 FAKTA TENTANG PINDAAN #RUU355 YANG RAMAI SALAH FAHAM

Posted by MALAYsian on 9:45 PM















0

TUN M KINI "LIABILITY"

Posted by MALAYsian on 4:02 PM

Menurut Tun M, masa dia jumpa Anwar di Mahkamah 10 Febuari lalu mereka bincang pasal PAS. "Kita ada bincang (pasal penyertaan PAS) sebab dia (Anwar) pun hairan, Ustaz Hadi yang jadi masalah sebab tak mahu jumpa langsung....tak tahulah mungkin dia (Hadi) pembesar, jadi tak boleh jumpa (Presiden PPBM) Tan Seri Muhyiddin. Jadi payah nak cakap" katanya.

Nampaknya Tun M terpaksa mengadu kepada Anwar kegagalan beliau memujuk PAS kembali menyertai Pakatan Harapan. Tun M terdesak mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru di PRU ke 14. Mungkin Tun M minta Anwar pujuk PAS. Hanya Anwar barangkali boleh melembutkan hati Ustaz Hadi dan PAS sebagaimana usaha Anwar menyatukan PAS, DAP dan PKR semasa PRU ke 13.

Kenyataan sinikal Tun M menuduh Ustaz Hadi berlagak "pembesar" kerana tidak mahu berjumpa TS Muhyiddin Yassin sudah tentu mengguris hati penyokong PAS. Memberi tempoh sebulan umpama memberi kata dua kepada PAS. Tetapi apa hak Tun M memberi kata dua tersebut. Bila masa pula Tun M menjadi jurucakap Pakatan Harapan.

Memang wajar pun Ustaz Hadi enggan berjumpa TS Muhyiddin. Hadi pun tahu, Muhyiddin hanyalah boneka walaupun dia Presiden parti. Tun M adalah Pengerusi parti PPBM tetapi nampaknya lebih berkuasa daripada Muhyiddin. Dia buat kenyataan, dia jumpa Anwar, dia jumpa Lim Kit Siang dan umum Lim Kit Siang bakal TPM. Sudah tentu Muhyiddin kecil hati. Pastilah ahli parti juga kecewa kerana ada kenyataan Tun M yang dianggap "backfire" dan "U Turn".

Tun M masih dibelenggu dengan sifat autokratik dan kuku besi beliau. Lim Kit Siang pula menganggap dirinya adalah Ketua de facto pembangkang. Pasti satu hari nanti Tun M dan Lim Kit Siang akan bercakaran sesama sendiri.

Sebenarnyan kehadiran Tun M tidak membantu sokongan berganda kepada sesiapa. Seperti tidak membantu usaha DAP mendapatkan sokongan Melayu. Sebab itu empat wakil rakyat DAP di Melaka keluar parti. Ustaz Hadi sudah menghidunya. Matlamat menjadikan Tun M sebagai aset kini bertukar menjadi "liability"

0

Projek Mega RM311.4j di Kuala Perlis

Posted by MALAYsian on 12:28 AM


KANGAR 6 Feb. - Pembangunan projek mega pertama di negeri ini bernilai RM311.4 juta, melibatkan usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan Tabung Haji Properties Sdn. Bhd. (THP) di Kuala Perlis dekat sini, bakal mengubah wajah bandar maritim itu tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, projek itu melibatkan pembinaan bangunan berkembar pangsapuri servis setinggi 36 tingkat yang setiap satunya mempu­nyai 200 unit kediaman.

Katanya, selain itu, sebuah hotel tiga bintang setinggi 24 tingkat dengan 200 bilik, rumah kedai tiga tingkat dan pusat beli-belah se­tinggi dua tingkat juga akan dibina.

Tambah beliau, projek pembangunan bercampur itu akan me­libatkan kawasan seluas 6.5 hektar yang bakal dibangunkan dalam lima fasa dengan mengambil masa antara lima hingga tujuh tahun.

“Rakyat negeri ini dijangka mendapat manfaat apabila seba­nyak 1,300 peluang pekerjaan bakal disediakan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Bercampur Secara Usahasama oleh Kumpulan THP dan PKENPs di Kompleks Kemudahan Pelan­congan Kuala Perlis di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Kumpulan THP, Datuk Azizan Abd. Rahman dan Pengurus Besar PKENPs, Norsiake Kassim.

Azlan berkata, kerajaan ne­geri mengutamakan projek-projek bernilai tinggi di negeri ini supaya dapat memberi manfaat kepada seluruh penduduk dan ekonomi negeri.

“Rundingan bersama THP te­lah dilakukan sejak 2014 lagi. Ke­lebihan yang ada di Kuala Perlis adalah ia sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi, Kedah dan pusat makanan laut,” katanya.

Kata beliau, pada tahun lalu sahaja sebanyak 2.28 juta pelancong menggunakan Terminal Feri di Kuala Perlis untuk ke Langkawi.


0

Guan Eng Label Kelantan Negeri Gagal

Posted by MALAYsian on 12:22 AM

LIM GUAN ENG: KELANTAN NEGERI GAGAL

Pada 22 Januari 2017 Lim Kit Siang kata, DAP sedia berdamai dan bekerjasama dengan PAS. Tetapi pada 6 Febuari, Lim Guan Eng kata Kelantan di bawah PAS adalah NEGERI GAGAL. LGE benar benar marah kerana kritikan terbuka PAS Pulau Pinang terhadap pentadbirannya.

Pada LGE, PAS adalah parti ekstremis dan menjadikan kegagalan kerajaan PAS Kelantan membina rumah baru bagi mangsa banjir tiga tahun lalu sebagai bukti Kelantan di bawah PAS adalah NEGERI GAGAL.

Tetapi LGE gagal untuk melihat kegagalan di Pulau Pinang sendiri. Banyak tanah dan aset di Penang terpaksa dijual untuk menampung perbelanjaan tahunan negeri tersebut yang meningkat sebanyak lima kali berturut turut.

Bahkan jika dibandingkan dengan Labuan, Pulau Pinang tertinggal daripada aspek GDP Per Kapita. Pada tahun 2007 GDP Per Kapita Labuan adalah di bawah Pulau Pinang dengan RM3,280.

Tetapi sejak 2015, GDP Per Kapita Labuan bukan sahaja mengatasi Pulau Pinang tetapi sekaran RM13,762 lebih tinggi daripada Pulau Pinang.

Dan yang pasti bulan hadapan Lim Guan Eng akan mula dibicarakan di Mahkamah kerana kes rasuahnya. Dia membeli banglo di bawah harga pasaran dan membabitkan kroninya. Pada Lim Guan Eng semua orang lain tidak betul. Dia sahaja yang betul. Tetapi dia gagal mencermin dirinya. Sebenarnya LIM GUAN ENG adalah GAGAL.

- Dato' Dr Puad Zarkashi -

0

AKTIVITI : Bacaan Al-Quran Mingguan JASA Negeri Perlis

Posted by MALAYsian on 7:15 PM

Majlis Bacaan Al-Quran Mingguan JASA Negeri Perlis

Tarikh : 3 Februari 2017
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat JASA Negeri Perlis


Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.