0

TUN M MUKA SELAMBA DI KONVENSYEN REFORMIS MALAYSIA 2017

Posted by MALAYsian on 4:03 PM
Konvensyen ini diadakan untuk mengingati reformis 1998 termasuk Anwar yang kini dipenjarakan kerana isu liwat. Sebelum itu Anwar mendakwa dia dipecat, dipenjara, dilebamkan mata oleh Mahathir kerana Mahathir rasa kedudukannya digugat oleh Anwar.

Tetapi di konvensyen ini, Tun M menebalkan muka untuk hadir walaupun pada tahun 1998 dia digelar sebagai mahazalim. Pada ketika itu Tun M mendakwa demontrasi bukan budaya kita.

Berlaku kekecohan dan kecelaruan ekoran kehadiran beliau di konvensyen ini. Dia di boo. Ada peserta menjerit "Mahathir Zalim". Azmin mendakwa dia tidak pernah menerima arahan Anwar untuk menjatuhkan Tun M pada tahun 1998 itu. Wan Azizah dan Hishamuddin Rais pula mendakwa gerakan reformasi berjaya memaksa Tun M meletak jawatan. Justeru Hishamuddin mendesak supaya demontrasi digunakan sebagai kaedah utama untuk menjatuhkan Najib.

Tetapi Tun M hadir dengan muka selamba. Dia juga turut melaungkan slogan "reformasi". Bahkan dengan tanpa rasa bersalah dia mengatakan pembangkang mesti bersatu untuk menjatuhkan Najib. Dan selepas itu dia bersedia untuk dikenakan tindakan. Itulah Tun M. Dia tahu jika BN tumbang nanti, tiada tindakan akan dikenakan ke atasnya sebab dia sudah kowtim dengan Lim Kit Siang dan DAP.

Dalam item ke 6 Resolusi Konvensyen Reformasi 2017 menyebut, "Tun M bukanlah seorang reformis dan konvensyen ini bukan lah forum untuk meminta pandangannya tentang agenda reformasi.

Kalau begitu apa tujuan mereka menjemput Tun M menghadiri konvensyen tersebut. Satu sebab kata Tun M dia marah pada Anwar ialah kerana ucapannya semasa merasmikan Konvensyen UMNO Johor di Pulau Sibu pada tahun 1998.

Dalam ucapan itu Anwar mengajak rakyat melakukan reformasi sebelum terlambat seperti mana yang berlaku di Indonesia kerana Suharto dijatuhkan melalui demontrasi jalanan.

Bahkan dalam ucapannya itu Anwar mendesak dilakukan reformasi terhadap sistem kewangan negara dan menganggap penubuhan "Danaharta" oleh Mahathir adalah tindakan untuk menghalalkan "Bailout" terhadap syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan yang bankrap akibat krisis kewangan antarabangsa ketija itu.

Maka dakwaan Azmin adalah tidak benar bahawa Anwar tidak pernah merancang untuk menjatuhkan Tun M ketika itu. Bukti liwat dijadikan senjata untuk memusnahkan kembali Anwar. Justeru jangan hairan kehadiran Tun M ke konvensyen kali ini adalah langkah berpura pura untuk terus memusnahkan Anwar kerana dia amat alergik dengan perkataan "reformasi".


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.