0

MAKLUMAT CALON DAN KAWASAN PILIHAN RAYA BAGI NEGERI PERLIS

Posted by MALAYsian on 11:49 PM

MAKLUMAT CALON DAN KAWASAN PILIHAN RAYA


PADANG BESAR

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P1 PADANG BESAR Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N1 TITI TINGGI Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N2 BESERI Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N3 CHUPING Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N4 MATA AYER Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N5 SANTAN Perlis


KANGAR

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P2 KANGAR Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N6 BINTONG Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N7 SENA Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N8 INDERA KAYANGAN Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N9 KUALA PERLIS Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N10 KAYANG Perlis


ARAU

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P3 ARAU Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N11 PAUH Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N12 TAMBUN TULANG Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N13 GUAR SANJI Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N14 SIMPANG EMPAT Perlis

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N15 SANGLANG Perlis



0

Harga Petrol, Diesel Kekal

Posted by MALAYsian on 11:08 PM

Harga baharu petrol RON95, RON97 dan diesel kekal bermula tengah malam tadi.

Berdasarkan maklumat di laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga RON95 kekal iaitu RM2.20 seliter manakala RON97 dijual dengan harga RM2.47 seliter.

Diesel juga kekal pada harga RM2.18 seliter.

Harga baharu itu diumumkan pada petang Rabu dan akan berkuatkuasa sehingga Rabu depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April tahun lalu.

0

SELAMAT HARI LAHIR YB

Posted by MALAYsian on 1:47 AM


0

HARGA RUNCIT PETROL DAN DIESEL KEKAL

Posted by MALAYsian on 1:10 AM
HARGA PETROL DAN DIESEL
12 APRIL - 18 APRIL 2018



0

JASA D' RADIO - MENJELANG PRU14

Posted by MALAYsian on 1:08 AM
JOM DENGARKAN BUAL BICARA JASA D' RADIO BERSAMA YABHG DATO' SRI DR. MD ISA BIN SABU, MANTAN MENTERI BESAR PERLIS


JUMAAT INI 13 MAC 2018

JAM 11.15 PAGI

SECARA LANGSUNG DI PERLIS FM 102.9 MHz DAN DI FACEBOOK PERLISFAM DAN FACEBOOK JASA NEGERI PERLIS


TAJUK : MENJELANG PRU14


#JASAdRADIO

#UntilWeWin

#TetapMenang

#MemimpinPendapatRakyat



0

Harga Petrol, Diesel Kekal

Posted by MALAYsian on 1:20 AM


Harga runcit bagi produk petroleum RON95, RON97 dan diesel kekal seperti minggu sebelumnya.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, harga runcit mingguan RON95 kekal pada RM2.20 seliter, RON97 (RM2.47) seliter dan diesel (RM2.18 seliter).

Harga runcit mingguan ini berkuat kuasa tengah malam tadi 4 April ini

0

HARGA RUCIT PETROL DAN DIESEL MINGGUAN 8 MAC - 14 MAC 2018

Posted by MALAYsian on 8:44 PM

Harga petrol RON95 pada minggu kedua bulan Mac naik manakala harga RON97 tidak berubah.

Harga baharu RON95 RM2.21 sen, naik satu sen daripada harga sebelum ini manakala RON97 kekal RM2.47 sen seliter.

Sementara itu harga diesel pula turun satu sen kepada RM2.17 sen seliter.

Harga baharu diumumkan pada petang Rabu (7 Mac) dan akan berkuat kuasa dari 12.01 pagi pada 8 Mac hingga 14 Mac.

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan berkuat kuasa pada April tahun lalu dan harga petrol dan diesel telah ditempatkan pada sistem apungan bulanan yang diuruskan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan bakar.

0

JASA D' RADIO - 9 MAC 2018 - "HALA TUJU GENERASI MUDA PERLIS"

Posted by MALAYsian on 7:58 PM
JOM DENGARKAN BUAL BICARA JASA D' RADIO BERSAMA SAUDARA NOOR HAIRI BIN NOOR MOHAMEED, YDP MAJLIS BELIA NEGERI PERLIS

JUMAAT INI 9 MAC 2018
JAM 3.00 PETANG
SECARA LANGSUNG DI PERLIS FM 102.9 MHz

TAJUK : HALA TUJU GENERASI MUDA PERLIS

#JASAdRADIO
#UntilWeWin
#TetapMenang
#MemimpinPendapatRakyat




0

HARI WANITA 2018

Posted by MALAYsian on 7:54 PM
SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA 2018 BUAT SEMUA WANITA DI MALAYSIA





0

TAHNIAH DAN SYABAS!

Posted by MALAYsian on 7:00 PM


0

#VIDEO : Perlis Bike Run

Posted by MALAYsian on 11:20 PM
KITA HAYATI BAGAIMANA MAIPs DAN DYTM RAJA MUDA PERLIS MENDEKATI ASNAF

0

SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-85

Posted by MALAYsian on 7:28 PM


0

Harga Minyak Naik

Posted by MALAYsian on 7:06 PM
PETALING JAYA: Harga baharu semua bahan api naik mulai tengah malam ini.

Harga RON95 naik tiga sen dengan harga baharu RM2.20 seliter manakala RON97 naik sebanyak empat sen, RM2.47 seliter.

Manakala harga baharu diesel juga naik lima sen kepada RM2.18 seliter berbanding harga sebelum RM2.13.

Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis, 1 hingga 7 Mac ini.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.


0

Harga Petrol, Diesel Turun

Posted by MALAYsian on 7:28 PM

PETALING JAYA: Harga baharu RON95, RON97 dan diesel turun bermula 22 Februari 2018.

Harga baharu RON95 turun sebanyak enam sen iaitu RM2.17 seliter berbanding RM2.23, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.43 seliter turun tujuh sen daripada RM2.50.

Diesel pula turun sebanyak enam sen menjadi RM2.13 seliter.

Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 28 Februari 2018.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April tahun lalu.

0

JASA D'RADIO BERSAMA YB AHLI PARLIMEN KANGAR - 9.2.2018

Posted by MALAYsian on 11:10 PM
JOM DENGARKAN PROGRAM BUAL BICARA 'JASA D'RADIO' BERSAMA AHLI PARLIMEN KANGAR YB IR SHAHARUDDIN BIN ISMAIL.

BERBICARA MENGENAI 'BAJET2018 MERINGANKAN BEBAN RAKYAT'

SECARA LANGSUNG DI PERLIS FM @102.9MHz, JUMAAT INI JAM 3.00 PETANG.

0

Maklumat, Berita Palsu Ancaman Kepada Demokrasi - Salleh

Posted by MALAYsian on 11:08 PM

KUALA LUMPUR - Demokrasi dan kebebasan bersuara perlu dilindungi daripada maklumat dan berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, keutuhan kedua-dua perkara itu perlu ditegakkan dengan mengekang salah guna kebebasan bersuara oleh mereka yang menyebarkan maklumat dan berita palsu.

Katanya, pemimpin Pakatan Harapan mendakwa undang-undang baharu yang dicadangkan bagi membendung salah guna kebebasan bersuara dan berita palsu bertujuan untuk menyembunyikan kebenaran.

“Malah, dunia Barat mula mengkaji semula kebebasan bersuara dan kini menganggap maklumat dan berita palsu sebagai bukan kebebasan bersuara tetapi ancaman kepada demokrasi,” katanya dalam catatan terbaharu blog sskeruak.blogspot.my.

Menurutnya, Britain, tonggak demokrasi dan kebebasan bersuara, juga berpendapat bahawa orang ramai telah menyalahgunakan kebebasan bersuara dan ia sedang menimbang untuk menggubal undang-undang baharu bagi membendung perkara itu.

Menteri berkenaan berkata, undang-undang antiberita palsu yang baharu itu adalah terpakai kepada semua dan bukan hanya tertakluk kepada politik berikutan meningkatnya berita-berita palsu.

“Jika apa yang disebarkan bukanlah berita palsu, oleh itu, mengapa perlu rasa bimbang,” katanya.

Salleh berkata undang-undang berkenaan bertujuan melindungi mangsa berita palsu yang sepatutnya turut diberi keadilan.



BERNAMA

0

HARGA PETROL NAIK, HARGA DIESEL TURUN

Posted by MALAYsian on 10:11 PM
HARGA RUNCIT BAHAN API : 8 FEBRUARI 2018 - 14 FEBRUARI 2018



0

HARGA PETROL DAN DIESEL NAIK

Posted by MALAYsian on 7:53 PM


0

Perlis Masih Dingin

Posted by MALAYsian on 12:00 AM
ARAU 14 Jan. - Fenomena cuaca sejuk masih dirasai di seluruh Perlis dengan penurunan suhu direkodkan mencecah 22 darjah Celsius pada waktu pagi dan suasana dinginnya dapat dirasai sepanjang hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar daerah ini dan Kangar mendapati keadaan cuaca sejuk berangin dan berkabus selain hujan renyai-renyai menyebabkan rata-rata penduduk memakai baju sejuk.

Seorang penduduk, Fauzi Mustafa, 34, yang menetap di Kampung Belat Batu di sini berkata, cuaca sejuk dirasakan hingga ke tulang pada awal pagi sejak beberapa hari lalu menyebabkan dia terpaksa memanaskan air untuk mandi.

Katanya, dia juga terpaksa memakai baju sejuk tebal ketika keluar rumah terutama pada waktu pagi dan malam.

Bagaimanapun ujarnya, dia cukup teruja dengan suasana begini memandang Perlis sebelum ini boleh dikatakan agak panas.

“Pada sebelah malam, saya terpaksa menggunakan selimut tebal dan lebih selesa tidak membuka kipas ketika tidur. Suasana nyaman dan dingin pada ketika ini agak sukar dirasai sebelum ini, dan saya sangat menikmati­nya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu di KUALA LUMPUR, Jabatan Meteorologi memaklumkan, fenomena cuaca sejuk yang melanda beberapa bandar termasuk di Arau, Perlis; Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Kuala Krai, Kelantan dan beberapa kawasan lain dijangka kembali normal dengan bacaan asal mulai esok.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari berkata, ini berikutan perubahan cuaca berlaku akibat tiupan angin timur laut kencang dari China yang sedang mengalami musim sejuk.

“Untuk tempoh dua hingga tiga hari ini, keadaan sejuk di­sebabkan litupan awan kurang di seluruh Semenanjung Malaysia yang turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, cuaca sejuk ini hanya bersifat sementara dan tiada kaitan secara langsung dengan penurunan salji di negara ini serta berharap orang ramai tidak mempercayai maklumat yang disebarkan melalui media sosial sewenang-wenangnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, suhu hari ini mencatatkan bacaan 28 darjah Celsius dan pihaknya meramalkan feno­mena cuaca sejuk itu akan berakhir esok dan kembali normal.

Dalam masa sama, keadaan cuaca di dua buah negeri iaitu Pahang dan Johor bertambah baik dan tiada jangkaan hujan lebat berterusan akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

0

Harga Minyak Turun, Diesel Kekal

Posted by MALAYsian on 12:49 AM

PETALING JAYA: Harga baharu bahan api petrol turun sebanyak tiga sen, manakala diesel pula kekal mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan RON97 turun sebanyak tiga sen masing-masing kepada RM2.26 dan RM2.53 seliter.

Manakala harga diesel pula kekal kepada RM2.32 seliter.

Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 17 Januari ini.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.

0

Kos Tunai Haji Kekal RM9,980 - Tabung Haji

Posted by MALAYsian on 6:37 PM

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus yang diperkenal Kerajaan Arab Saudi tidak memberi impak secara langsung kepada jemaah haji muassasah kali pertama.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Seri Johan Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kos bayaran haji kekal sebanyak RM9,980.

"TH sedia maklum dan mengambil kira faktor cukai nilai tambah tersebut dalam pengiraan kos operasi musim haji 1439 Hijrah/2018.

"Namun begitu, keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung oleh TH dijangka meningkat kepada RM400 juta," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Johan mengulas rungutan dan kekeliruan orang ramai mengenai pelaksanaan VAT serta kesannya terhadap kos operasi haji dan jemaah di negara ini.

VAT diperkenalkan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat kali pertama pada 1 Januari lalu, dengan lima peratus dikenakan terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmatan.

Menurut Johan, dalam menjaga kebajikan rakyat agar dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa, TH sejak 2009 telah menanggung lebih daripada RM1 bilion subsidi haji.

BERNAMA

0

Permohonan BR1M 2018 Dilanjut Sehingga 25 Jan Ini - Najib

Posted by MALAYsian on 6:29 PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan pendaftaran untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Jan ini.

"Sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran bagi BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Jan ini.

"Kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, hari ini.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan sebelum ini berkata permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2018 dibuka kepada penerima yang layak bermula 27 Nov hingga 31 Dis lepas.

Kementerian itu berkata, pasangan kepada penerima BR1M tahun sebelumnya yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun sebelumnya perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.

BERNAMA

0

HARGA PETROL DAN DIESEL NAIK

Posted by MALAYsian on 7:12 PM

Harga RON95 dan RON97 naik sebanyak tiga sen masing-masing kepada RM2.29 dan RM2.56 seliter.

Manakala harga diesel naik sebanyak enam sen kepada RM2.32 seliter.

Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 10 Januari.

Mekanisma pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.