0

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2017

Posted by MALAYsian on 2:09 AM


0

PERLIS UPDATE : 31 JULAI 2017, ISNIN

Posted by MALAYsian on 1:40 AM

PERLIS UPDATE
31 JULAI 2017, ISNIN
---------------------------------------

TEMPATAN



RAJA MUDA TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI JEPUN
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/raja-muda-terima-kunjungan-delegasi-jepun-1.508705

RIADAH SAMBIL AGIH ZAKAT
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/riadah-sambil-agih-zakat-1.508281

ANAK YATIM PERLU SIAPKAN DIRI UNTUK BERJAYA - RAJA MUDA PERLIS
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/anak-yatim-perlu-siapkan-diri-untuk-berjaya-1.710799


NASIONAL

KEPUTUSAN BENARKAN BIN BAPA ANAK LUAR NIKAH LANGGAR SYARAK
http://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/07/306491/keputusan-benarkan-bin-bapa-anak-luar-nikah-langgar-syarak


SEMASA



SEMARAK SEMANGAT PATRIOTIK
http://www.sinarharian.com.my/nasional/semarak-semangat-patriotik-1.710710


---------------------------------------
ADMIN PERLIS UPDATE

0

PERTANDINGAN FOTO DAN VIDEO INSTAGRAM #IM60

Posted by MALAYsian on 2:09 AM
PERTANDINGAN FOTO DAN VIDEO INSTAGRAM IM60 KEMBALI LAGI!!

TEMPOH PERTANDINGAN 16 APRIL 2017 - 16 OGOS 2017, bersempena bulan Kebangsaan 2017.
Cara-cara Penyertaan;
• Muat naik GAMBAR atau VIDEO anda yang menunjukkan rasa cintakan negara dengan tema #negarakumalaysia dan hantarkan kepada akaun instagram @instamerdeka mengikut kategori masing-masing, #im60umum, #im60siswa atau #im60sekolah Jabatan Hal Ehwal Khas -JASA

Hantarkan insta foto atau insta video anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2017 secara kreatif melalui instagram anda. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-
a) Sila 'LIKE, FOLLOW & SHARE'
https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka
b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka
#negarakumalaysia #instamerdeka #tn50



0

DOA UNTUK MALAYSIA 2017

Posted by MALAYsian on 1:51 AM


Doa Untuk Malaysia 2017

Pasti ramai yang ternanti-nanti Program Doa Untuk Malaysia 2017, dan kali ini diadakan di Putrajaya. Jadi, jangan lupa untuk hadir pada 12 Ogos 2017 bagi memeriahkan majlis.

Segala maklumat lain, Admin akan update dengan anda semua agar anda tidak ketinggalan info berkaitan.

#DoaUntukMalaysia

0

SAMBAL HARUMANIS UNTUK PEMINAT BUAH IKON PERLIS

Posted by MALAYsian on 6:12 PM

KANGAR 27 Julai - Peluang menikmati ke­enakan mempelam harumanis, buah ikon Perlis hanya terhad antara April hingga Jun sahaja pada setiap tahun.

Pokok harumanis yang berbuah secara bermusim ini sedikit sebanyak membuatkan para penggemarnya terpaksa menunggu hampir setahun untuk menikmati kembali mempelam yang dikatakan paling mahal di Malaysia setakat ini.

Ekoran itu, seorang wa­nita rasa terpanggil untuk tidak melihat harumanis hanya dimakan mentah atau digan­dingkan dengan pulut sahaja kerana ia dilihat sebagai sangat biasa.

“Tidak dinafikan semua orang yang datang ke Perlis hendak makan harumanis tetapi kalau berada di luar musim mungkin tertanya-tanya kalau ada lain-lain produk yang dihasilkan berasaskan mempelam ini,” kata Norita Jirin, 47, yang menjadikan mempelam ini dalam bentuk beberapa produk yang dikeluarkannya.

Jelas wanita yang berasal dari Kelantan ini, kalau melancong ke Cameron Highland boleh dibawa pulang produk sambal strawberi maka Perlis juga tidak kalah apabila kini sudah ada sambal harumanis.

Beliau akui, uniknya sambal ini kerana bahan utamanya adalah mempelam harumanis.

Cuma kata Norita, ia telah ditambah nilai dengan bahan-bahan lain bagi menyedapkan lagi rasa sambal ini termasuk ikan talang dan sebagainya.

“Sambal harumanis Nick He­ritage ini bukan sahaja enak dimakan bersama dengan roti, roti canai, nasi lemak dan bubur nasi malah sesuai untuk dijadikan sebagai perencah nasi goreng,” katanya yang menetap di Perlis sejak lima tahun lalu.

Berikutan itu Norita diberikan peluang untuk menunjukkan demonstrasi membuat nasi goreng sambal harumanis di Pusat Pertanian Bukit Bintang di Jalan Sungai Batu Pahat di sini baru-baru ini.

Pengunjung yang datang untuk membeli harumanis juga berpeluang untuk merasa keenakan nasi goreng sambal harumanis.

Seorang pengunjung, Maznah Saidon, 62, dari Selangor berkata, sekurang-kurangnya dengan adanya sambal harumanis ini membolehkan orang luar sepertinya dapat membeli produk mempelam ini semasa di luar musim.

“Selain itu ia juga dapat dijadikan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang untuk diberikan kepada saudara dan rakan,” katanya yang datang ke Perlis untuk menghadiri majlis kahwin.

Maznah tidak me­nyangka rasa harumanis masih kekal dalam sambal yang dihasilkan oleh Norita.

Beliau berkata, sepatutnya le­bih banyak lagi produk berasaskan harumanis dikeluarkan oleh penduduk Perlis di mana bukan sahaja untuk jualan di dalam negeri malah dilebarkan sehingga ke luar pada masa depan.

Sementara itu Norita menambah, beliau juga telah cuba untuk menghasilkan beberapa produk lain termasuk tart harumanis, biskut harumanis, kuih sepit (love letter) harumanis dan juga jus ready for drink harumanis.

Beliau berkata, sebagai usahawan di bawah bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) maka produk keluarannya boleh didapati di pejabat MADA C-1, Kilo­meter 1, Jalan Raja Syed Alwi di sini selain boleh juga diperoleh di Pusat Pertanian Bukit Bintang, Jalan Sungai Batu Pahat di sini.

Sementara itu, Pengarah Pertanian Negeri, Zulkefli Amin Mat Jusoh berharap penduduk di Perlis lebih kreatif dalam menghasilkan produk hiliran berasaskan harumanis.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya ia memberikan ke­lebihan untuk usahawan di negeri ini untuk menggunakan harumanis yang hanya hidup subur di negeri ini mengeluarkan produk perniagaan yang baharu.

Zulkefli berkata, pelancong bukan sahaja boleh datang ke Perlis untuk menikmati keenakan harumanis malah boleh membeli produknya di luar musim sekaligus nama harumanis tidak hanya menjadi sebutan setahun sekali sahaja.


0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN 27 JULAI - 2 OGOS 2017

Posted by MALAYsian on 5:29 PM


0

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI BUAT SEMUA JEMAAH HAJI MALAYSIA BAGI MUSIM HAJI 1438H/2017M

Posted by MALAYsian on 11:35 PM


0

KENAPA SAYA TAWAR DIRI UNTUK BERDEBAT DENGAN TUN M DI FORUM NOTHING TO HIDE 2.0

Posted by MALAYsian on 10:41 PM

1. Seperti yang dijangkakan ada pihak yang mempersoalkan apa kelayakan saya apabila menawarkan diri untuk berdebat dengan Tun M dalam forum Nothing To Hide 2.0 jika beliau serius mahu mencari kebenaran.

2. Kalau begitu apa kelayakan orang di sebelah sana termasuk Tun M dan TS Muhyiddin yang hanya cut and paste bahan dari sumber meragukan apabila mengkritik isu 1MDB? Kebanyakan mereka ini hanya menggunakan cerita fitnah yang disebarkan oleh Sarawak Report dan ASWJ. Tidak ada sebarang dokumen yang dikemukakan oleh pihak ini apabila menyebarkan fitnah mereka. Apatah lagi hingga ke hari ini tidak ada sebarang perbicaraan di Mahkamah dalam atau luar negara "khusus" terhadap 1MDB sendiri.

3. Pada saya Tun M tidak wajar menolak tawaran saya untuk berdebat kerana saya pun banyak soalan untuk ditanyakan kepada beliau yang membabitkan kes semasa 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Apatah lagi forum ini sendiri namanya "Nothing To Hide 2.0".

4. Sebenarnya beliau tidak perlu berdebat dengan Perdana Menteri walaupun mendakwa dia adalah Top Dog yang setaraf dengan DS Najib. Pada saya beliau hanyalah Pengerusi biasa yang tidak ada kuasa berbanding Presiden dan Ketua Umum Pakatan Harapan. Justeru Tun M tidak perlu merasa tarafnya menjadi rendah jika berdebat dengan ahli Majlis Tertinggi UMNO seperti saya.

5. Tetapi saya ragu Tun Mahathir bersedia untuk berdebat dengan saya. Saya yakin Tun Mahathir bukan serius untuk mencari kebenaran tetapi mahu menjadikan debat itu sebagai medan untuk menimbulkan kekecohan yang boleh memalukan Perdana Menteri di khalayak ramai.

6. Inilah yang berlaku di dalam Townhall Nothing To Hide 1.0 di PWTC. Walaupun tidak dijemput dan dinasihatkan jangan datang kerana itu adalah dialog di antara Perdana Menteri dengan rakyat tetapi Tun Mahathir tanpa segan silu hadir juga.

7. Dan apabila dimaklumkan Townhall itu dibatalkan sepatutnya Tun Mahathir pulang. Tetapi Tun Mahathir terus masuk ke dalam Dewan dan pengikutnya merempuh masuk dengan kasar sehingga ada orang ramai yang terjatuh. Motif Tun M datang tanpa dijemput itu terdedah dengan tindakan kasar tersebut.

8. Tanpa kebenaran pihak penganjur Tun Mahathir naik atas pentas dan berucap sehinggalah OCPD Kuala Lumpur menghentikan ucapan Tun.

9. Di situ jelas membuktikan Tun Mahathir bukan mahu berforum tetapi menimbulkan kekecohan untuk memalukan Perdana Menteri.

10. Sekali lagi saya mengajak Tun Mahathir agar mengenepikan egonya mengenai siapa yang layak untuk berdebat dengan beliau. Saya mengajak Tun M sama sama mencipta sejarah, iaitu berlaku perdebatan antara bekas Perdana Menteri selama 22 tahun dengan seorang rakyat yang yakin semua tuduhan terhadap 1MDB hanyalah fitnah dan kambing hitam untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Mohd Puad Zarkashi


0

PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017

Posted by MALAYsian on 10:33 PM
Sukacita dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto & Video). Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan 2017 kepada rakyat Malaysia dan telah bermula sejak 16 April 2017 dan tamat pada 16 Ogos 2017.




0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN (13 Julai - 19 Julai 2017)

Posted by MALAYsian on 5:48 PM






0

PEMBERSIHAN TOTAL DALAM FGV HOLDINGS - Puad Zarkashi

Posted by MALAYsian on 5:44 PM

FGV perlu melakukan "Pembersihan TOTAL". Apa tindakan selanjutnya setelah TS Shahrir Samad menjadi Pengerusi FELDA dan TS Sulaiman Mahbob menjadi Pengerusi sementara FGV? Perniagaan juga melibatkan soal "persepsi". Jika persepsi negatif masih melanda FGV harga saham tetap terjejas.

Justeru saki baki yang menjadi malaon di dalam FGV perlu secara bermaruah dan sukarela meletak jawatan dan meninggalkan FGV. Sekali lagi jangan menyusahkan Perdana Menteri seperti mana bila Pengerusi dan CEO FGV berperang secara terbuka. Jangan tunggu sehingga pihak kerajaan dan pimpinan atasan mengambil tindakan terhadap mereka. Berhenti segera.

SPRM juga perlu berindak segera dan mengambil tindakan "without fear and favor" kepada mereka yang meninggalkan kudis terhadap FELDA dan FGV. Pengerusi FELDA dan FGV perlu diberi peluang sepenuhnya memimpin team baru demi kepentingan rakyat.


Mohd Puad Zarkashi

MT UMNO

0

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 60 BUAT DATUK

Posted by MALAYsian on 6:59 PM


0

Tuan Ibrahim Perlu Baca Laporan PAC Dahulu Sebelum Jawab Puad Zarkashi

Posted by MALAYsian on 6:04 PM

1. Jawapan balas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap komen Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kepada kritikan awal beliau mengenai isu Suruhanjaya Diraja (RCI) membuktikan Timbalan Presiden PAS itu tidak memahami isu sebenar Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

2. Sebenarnya tiada keperluan mendedahkan laporan audit 1MDB kerana dapatan Jabatan Audit Negara (JAN) telah diteliti oleh setiap anggota PAC. Anggota PAC juga telah memanggil setiap pihak yang berkaitan dalam prosiding dan bertanya soalan yang berkaitan dengan dapatan JAN. Kesemua dapatan JAN dan PAC ini juga sudah dimasukkan dalam Laporan PAC setebal 106 mukasurat. Tuan Ibrahim hanya perlu membaca Laporan PAC untuk mendapatkan maklumat semakan audit yang diperlukan. Jika diberikan Laporan Audit 1MDB kepada Tuan Ibrahim sekalipun, belum tentu dia memahaminya dan dia juga tidak mampu memanggil pihak yang terlibat untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut kerana dia tidak mempunyai mandat seperti yang diberikan kepada PAC untuk berbuat demikian. Akhirnya dia akan berpolemik sendiri dan bertanya perkara-perkara yang tidak difahaminya di media sosial. Tuan Ibrahim perlu sedar bahawa tugas untuk meneliti Laporan Audit 1MDB telah dilaksanakan oleh anggota PAC dan dia boleh mendapatkan maklumat lanjut dari wakil pembangkang yang menjadi anggota PAC ataupun membacanya di dalam Laporan PAC dan hansard prosiding.

3. Masalah Tuan Ibrahim adalah dia tidak membaca Laporan PAC dan tidak membaca hansard prosiding PAC. Jika dia membaca hansard prosiding PAC ke atas Juruaudit Deloitte, dia akan mendapati berdasarkan Laporan Audit JAN, anggota PAC telah bertanya pelbagai soalan kepada Juruaudit Deloitte. Juruaudit Deloitte dapat mempertahankan dapatan mereka dan menjelaskan bahawa mereka telah bertemu setiap pihak yang terlibat termasuk IPIC, PetroSaudi, BSI dan pengurus-pengurus dana terbabit bagi mengesahkan setiap butiran dalam laporan audit yang mereka sediakan. Soal JAN tidak dapat mengesahkan sesuatu butiran tidak berbangkit kerana Juruaudit Deloitte dapat mempertahankan setiap butiran yang dibangkitkan oleh JAN apabila disoal oleh anggota PAC.

4. Soal berkaitan Jho Low eloklah Tuan Ibrahim bertanya sendiri dengan anggota-anggota PAC. Anggota PAC mempunyai justifikasi mereka sendiri untuk memanggil pihak yang terlibat atau tidak memanggil pihak yang tidak dapat dibuktikan penglibatan mereka secara langsung dengan 1MDB.

5. Mengenai Sarawak Report, saya yakin jika portal berita tersebut mempunyai berdaftar dan beroperasi di Malaysia sudah pasti tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka seperti tindakan yang telah diambil ke atas portal berita yang beroperasi dan berdaftar di Malaysia. Tindakan juga boleh diambil ke atas Wall Street Journal jika mereka beroperasi di sini serta membuat tuduhan secara jelas. Pastinya Tuan Ibrahim tidak pernah membaca artikel WSJ yang berkaitan kerana jika dia membaca artikel tersebut, dia akan tahu bahawa WSJ tidak berani membuat sebarang tuduhan secara jelas sebaliknya hanya melaporkan maklumat dari sumber-sumber yang tidak dinamakan.

6. Eloklah Tuan Ibrahim menjawab terlebih dahulu soalan kenapakah DOJ tidak berani membuat pendakwaan jenayah ke atas setiap individu yang dinamakan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS jika benar mereka mempunyai bukti prima facie sebaliknya hanya berani memfailkan saman sivil.

7. Tuan Ibrahim juga wajar menjawab kenapa DOJ tidak menyiasat IPIC, Aabar, PetroSaudi dan pegawai-pegawai ketiga-ketiga syarikat tersebut kerana jelas IPIC menyatakan bahawa dana syarikat itu telah diselewengkan dan DOJ pula melaporkan bahawa PetroSaudi turut terlibat dalam kegiatan penggubahan wang.

8. Akhir sekali Tuan Ibrahim wajar menjawab adakah kes saman sivil ini telah dibicarakan? Adakah mahkamah AS telah memutuskan siapakah yang bersalah dan harta siapakah yang telah dirampas? Jika perbicaraan masih belum dimulakan dan mahkamah belum memutuskan siapa yang bersalah, kenapa pula Tuan Ibrahim mahu RCI ditubuhkan di Malaysia? Bukankah DOJ sendiri menyatakan aduan yang digunakan untuk saman sivil ini tidak membuktikan apa-apa melainkan selepas mahkamah AS membuat keputusan? Adakah Tuan Ibrahim faham maksud kenyataan DOJ ini?

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ


0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN

Posted by MALAYsian on 5:52 PM
HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN
6 JULAI - 12 JULAI 2017



0

MENJAWAB GESAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS SUPAYA TUBUH RCI UNTUK SIASAT ISU 1MDB

Posted by MALAYsian on 1:56 AM
MENJAWAB GESAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS SUPAYA TUBUH RCI UNTUK SIASAT ISU 1MDB



1. Gesaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI untuk menyiasat isu 1MDB amat dangkal sekali. Beliau termasuk beberapa pimpinan Pakatan Harapan lain membangkitkan perkara yang sama kerana tidak memahami fakta dan perkembangan semasa berkaitan isu 1MDB.

2. Jika Tuan Ibrahim benar2 mengikuti perkembangan isu 1MDB sejak mula, beliau akan mendapati bahawa kerajaan telah berjaya melaksanakan dua perkara utama dalam menangani isu 1MDB, iaitu pertama, menstabilkan kedudukan kewangan syarikat dan menurunkan hutang 1MDB secara drastik melalui Pelan Rasionalisasi 1MDB. Kedua, kerajaan telah membuktikan melalui semakan dan siasatan Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang, bahawa dakwaan wang 1MDB lesap, dicuri dan diselewengkan adalah tidak benar sama sekali.

3. Saya yakin Tuan Ibrahim tidak pernah membaca Laporan PAC setebal 106 mukasurat apabila beliau mempersoalkan tentang status rahsia rasmi Laporan Audit berkaitan 1MDB. Jika beliau pernah membacanya beliau akan menyedari walaupun Laporan Audit berkaitan 1MDB ini diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi oleh Ketua Audit Negara sendiri pada bulan Januari 2016 (menurut kenyataan Ketua Audit Negara pada 26 Julai 2016), namun dapatan semakan dan kesimpulan oleh JAN ada dimasukkan ke dalam Laporan PAC sebagai rujukan. Sekiranya beliau rajin, beliau juga boleh membaca hansard prosiding PAC melibatkan pelbagai pihak termasuk Juruaudit Deloitte, KPMG, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melihat sendiri samada prosiding dilaksanakan secara telus atau tidak.

4. Kesimpulan yang dibuat Tuan Ibrahim bahawa kegagalan penguatkuasa dalam negara membuka ruang kepada pihak luar membuat siasatan adalah sama sekali tidak benar, sebaliknya ruang untuk pihak berkuasa asing ini dibuka oleh individu-individu yang membuat laporan dengan tujuan untuk memancing campur tangan pihak asing ini ke dalam konflik politik di dalam negara. Dan ini disokong sendiri oleh Presiden PAS Tuan Hj Abdul Hadi Awang.

5. Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim mempertikaikan keputusan Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali kerana tidak membuat pendakwaan ke atas 1MDB selepas menerima laporan siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan soal pemindahan dana ke luar negara. Hakikatnya, Tuan Ibrahim tidak membaca justifikasi yang dinyatakan oleh Peguam Negara pada 13 Oktober 2015 bahawa pendakwaan tidak dapat dibuat kerana BNM sendiri yang memberi kebenaran kepada 1MDB sebanyak tiga kali pada 29 september 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011 dan BNM sebagai pegawai pengawal tidak menghalang pemindahan terbabit.

6. Kedangkalan Tuan Ibrahim juga teserlah apabila mempersoalkan kenapa siasatan domestik lebih lambat daripada siasatan di luar negara. Apa yang tidak difahami oleh Tuan Ibrahim adalah siasatan pihak berkuasa tempatan adalah bagi mendapatkan bukti kesalahan melangkaui keraguan munasabah. Sekiranya terdapat bukti prima facie barulah pendakwaan prosiding jenayah dapat dibuat. Sedangkan pihak berkuasa Amerika Syarikat seperti Jabatan Kehakiman (DoJ) AS tidak membuat pendakwaan jenayah menggunakan bukti prima facie, sebaliknya hanya memfailkan tuntutan sivil yang bersandarkan aduan awam dan "syak wasangka" berdasarkan "kemungkinan terdapat bukti yang lebih banyak" bahawa sesetengah harta yang ingin dirampas mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah. Sudah tentu siasatan bagi mencari bukti melangkaui keraguan munasabah akan mengambil masa yang lebih lama berbanding membuat saman sivil yang hanya berdasarkan syak wasangka dan andaian semata-mata.

7. Tuan Ibrahim sepatutnya sedar bahawa di AS, saman sivil pengambil alihan aset atau pelucutan sivil (civil forfeiture) dikecam oleh rakyat AS sendiri sebagai suatu undang-undang yang zalim kerana memberi kuasa kepada agensi penguatkuasa AS merampas wang dan harta orang awam tanpa perlu membuat pendakwaan ke atas pemilik harta dan tanpa perlu membuktikan seseorang itu bersalah "melangkaui keraguan munasabah."

8. Tidak wajar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat isu 1MDB semata-mata kerana ada pihak berkuasa asing seperti DoJ memfailkan saman sivil. Lebih-lebih lagi jika ia baru di peringkat fail dan belum dibicarakan di mahkamah. Memetik kenyataan DoJ sendiri, "aduan melucut hak sivil hanyalah sekadar dakwaan yang menyebut bahawa terdapat wang atau harta yang terlibat atau merupakan hasil dari perlakuan jenayah. Dakwaan-dakwaan ini belum terbukti benar sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat." Tidak ada sebarang sebab untuk menubuhkan RCI semata-mata kerana saman sivil yang belum membuktikan apa-apa lagi.

9. Apatah lagi jika bersandarkan dokumen saman sivil terbaru yang difailkan oleh DoJ ke atas Kumpulan Hotel Viceroy, dana yang didakwa diselewengkan secara perundangannya tidak dipunyai atau dikawal selia oleh 1MDB, tetapi adalah dana yang dimiliki atau dikawal selia oleh pihak-pihak yang mempunyai perkaitan dan kepentingan dengan syarikat Aabar dan IPIC milik Abu Dhabi.

MT UMNO

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.