0

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2017

Posted by MALAYsian on 10:24 PM


0

PM Janji Bantu Selesai Masalah Kewangan PFA

Posted by MALAYsian on 10:03 PM

Harapan penyokong skuad Singa Utara menyaksikan pasukan mereka beraksi dalam Liga Malaysia 2017 kembali bersinar selepas Perdana Menteri berjanji membantu masalah kewangan dihadapi Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Bekas Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan persetujuan untuk membantu semasa mesyuarat Kabinet minggu lepas.

"Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyebut jumlah bantuan atau dana yang akan disumbangkan kepada PFA," katanya ketika mengulas hasrat PFA menarik diri daripada Liga Malaysia 2017 kerana masalah kewangan, di sini malam tadi.

Shahidan yang juga penasihat PFA turut meminta PFA menimbang semula hasrat menarik diri daripada menyertai liga yang bermula Februari depan berikutan perkembangan itu.

Katanya beliau memahami pengorbanan Presiden PFA, Datuk Rozabil Abdul Rahman yang mengeluarkan jutaan ringgit sejak menerajui PFA tiga tahun lepas termasuk membayar sewa padang untuk latihan.

"Walaupun Perdana Menteri bersetuju membantu, beliau (Rozabil) masih perlu mendapatkan dana ataupun tambahan tajaan supaya PFA tidak menghadapi kemelut kewangan di pertengahan jalan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahidan menyokong cadangan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sewaktu kongres persatuan itu tahun depan.

Menurut Shahidan, TMJ layak menerajui FAM kerana kesanggupannya berkorban untuk kemajuan bola sepak tanah air, selain agresif dan berani melontar pandangan untuk melonjakkan bola sepak ke tahap baharu.

"TMJ juga telah mencipta 'pasaran baharu' bola sepak tanah air seperti yang dilakukan kelab Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris," katanya. - Bernama



0

ORANG YANG MENGAKIBATKAN NEGARA RUGI RM30 BILLION HARI INI MAHU BICARA SOAL KRISIS KEYAKINAN : DAIM OH DAIM...

Posted by MALAYsian on 6:49 PM
Tanya Tun Mahathir: Di Manakah Wang Negara RM30 Billion?

■ Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”, dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100 bilion.

■ Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir semakin rimas dengan isu skandal kewangan semasa 22 tahun pimpinan beliau akan terbongkar.

■ Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara telah tampil memberikan maklumat berkenaan skandal kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion. Dr Rosli telah memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters”;
1 Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
2 Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin,
3 Bekas Gabenor Bank Negara Allahyarham Jaffar Hussein dan
4 Nor Mohamed Yaacob Mantan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Malaysia.

■ Menurut Dr Rosli, arwah Jaffar dan Nor Yaacob merupakan dalang terbesar dalam skandal ini kerana telah menokok-tambah mengenai spekulasi aktiviti forex yang jelas menentang prinsip-prinsip bank pusat. Kedua-dua mereka telah membuat spekulasi tidak bertanggungjawab dan telah mempertaruhkan keselamatan aset-aset Bank Negara tanpa menghiraukan risikonya.

■ Nor Yaacob telah mengakibatkan kerugian forex secara langsung kerana dia seorang yang telah diberi tugas untuk membuat spekulasi mempertaruhkan matawang Ringgit Malaysia terhadap matawang asing.

■ Nor Yaacob yang pada masa itu penasihat Bank Negara yang dipertanggungjawabkan dengan bahagian pelaburan, didapati akan menggunakan komputernya dan computer staf yang lain untuk membuat spekulasi ini dalam pasaran matawang asing.
Ini telah mengakibatkan peserta forex antarabangsa percaya bahawa Bank Negara mempunyai ramai pedagang pasaran yang agresif.
“Tetapi hakikatnya adalah Nor Yaacob yang telah melakukan kerja ini.”

■ Kata Dr Rosli bank pusat hanya terlibat dalam pasaran spekulatif forex secara besar besaran semasa Tun Daim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.
“Arahan untuk merebut peluang menggunakan forex sebagai sumber pendapatan diberikan oleh Tun Daim bersama restu Tun Mahathir,”. Arwah Jaffar adalah Gabenor “yes man” mereka pada masa itu.

■ Dalam tahun 1992, Bank Negara telah membuat satu pertaruhan dengan Pound Britain, membeli matawang tersebut manakala George Soros menjual. Apabila nilai matawang Pound menyusut, Bank Negara kerugian USD 5.5 bilion dan George Soros telah memperoleh keuntungan USD 1.7 bilion.

■ Bank Negara kemudiannya menyatakan yang kerugian yang dialami adalah ‘paper loss’ bernilai hanya RM9.3 bilion.

■ Anggaran pakar-pakar berhubung pendedahan kerugian sebenarnya adalah diantara USD27 sehingga USD33 bilion iaitu 5 kali ganda simpanan rizab asing dan seluruh asset bernilai USD20.7 bilion dalam tahun 1992.

■ Anggaran tersebut telah disebut di dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara telah mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

■ Tetapi dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah “diperkecilkan secara berskema” (schematically understated), melalui penilaian semula pegangan emas (gold holdings) dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment).

■ Cadangan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex Bank Negara tidak diendahkan kerana penyiasatan terbuka seperti ini akan membawa bencana politik kerana perincian skandal tersebut boleh menjejaskan reputasi orang-orang berpangkat tinggi yang terbabit yang amat memalukan.

■ Sekiranya Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan, ramai akan dipenjarakan kerana elemen jenayah wujud dalam skandal forex. Elemen-elemen jenayah ini termasuklah kecuaian, penyalahgunaan kuasa, pemalsuan akaun, “perakaunan kreatif”, memberi maklumat salah, pecah amanah dan rasuah.

Tulisan
Rozmi Mokhtar

0

YB RAFIZI RAMLI MUST TAKE RESPONSIBILITY FOR HIS MISTAKES AND NOT BLAME OTHERS

Posted by MALAYsian on 12:55 AM
1. The Member of Parliament for Pandan, YB Rafizi Ramli, is advised to check his facts properly before making any further public statements or allegations in future.

2. Yesterday, YB Rafizi had misled the public that our Prime Minister had said that the cost for the MRT 1 project was RM21 billion for 21 kilometers (km). Based on this, YB Rafizi had maliciously told the public that the construction cost for the MRT project is RM1 billion per km.

3. This is wrong as all news reports had clearly quoted Dato' Sri Najib Razak had stated the cost of RM21 billion was for the entire MRT 1 project of 51 km.

4. In their statement late yesterday, MRT Corp had also corrected YB Rafizi and confirmed that RM21 billion was for the full 51km MRT 1 project, which is RM2 billion below the budgeted cost of RM23 billion.

5. However in a further statement today, YB Rafizi acknowledged his mistake but blamed it on MRT Corp for not being clear in their statements before this and claiming that he had to depend on various news reports.

6. This is despite the majority of the public clearly understanding the Prime Minister's statement to mean 51km - whereas he alone seemed to be unclear.

7. YB Rafizi 's inability to admit his own mistake while trying to blame others is shocking and irresponsible.

8. Although he had previously publicly admitted that his job was to incite the people every day, there is no excuse for misleading the public with blatant wild allegations such as this.

9. YB Rafizi is reminded to act responsibly in future - befitting his stature as a Member of Parliament and a politician. He must not repeat his mistake yesterday.

He must check his facts properly with the relevant authorities before issuing any serious allegations that serves to mislead the public.

DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
Pengarah
Barisan Nasional
Strategic Communications Team.
18th Dec 2016

0

MUHYIDDIN TIDAK FAHAM MAKSUD KESETIAAN "WALA" DALAM UMNO. BUKAN BLIND LOYALTY.

Posted by MALAYsian on 8:50 PM
MUHYIDDIN TIDAK FAHAM MAKSUD KESETIAAN "WALA" DALAM UMNO. BUKAN BLIND LOYALTY.

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

1. TS Muhhiddin Yassin (TSMY) turut mengulas panjang lebar sesi penggulungan Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016. Beliau umpama gila talak apabila menceritakan nostalgia semasa berada dalam UMNO.

2. Kata TSMY....."Sepanjang ingatan saya, PAU adalah tempat, Presiden UMNO membicarakan hal-hal berkaitan kedudukan orang Melayu, agama Islam, masa depan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. Tetapi kali ini Presiden UMNO menuntut seluruh ahli berbai'ah dan memberi wala' kepadanya secara membuta tuli dan tanpa soal".

3. TSMY memang gila talak. Untuk makluman beliau, PAU 2016 memang sarat dengan perhabasan yang melibatkan soal soal dasar dalam Kerajaan dan Parti baik dalam isu Pendidikan, ekonomi, agama dan bangsa.

4. Dalam sesi penggulungan, Presiden UMNO memang memberi respon terhadap isu yang dibahaskan termasuk "New Deal" untuk FELDA dan sebagainya. TSMY mungkin miss suasana tersebut apatah lagi PAU 2016 amat meriah dan diikat dengan rasa ukhuwwah yang mendalam berbanding tahun lalu yang cuba disabotaj oleh TSMY.

5. Dia menuduh Najib menuntut seluruh ahli UMNO memberi wala' kepada beliau secara membabi buta?

6. Tahukah TSMY bahawa Saudara KJ dalam ucapan penggulungannya menyatakan dengan jelas "Pemuda tidak mengikrarkan wala' secara membabi buta"? Kesetiaan yang dijanjikan ialah seperti yang di Firmankan dalam Surah An Nisa iaitu kesetiaan selagi pemimpin tidak melakukan perkara di luar batasan.

7. Lantas KJ bertanya secara spontan kepada semua perwakilan "Adakah Presiden UMNO minta kita lakukan perkara bukan bukan atau yang dilarang Islam"? Semuanya menjawab "TIDAK".

8. Kesemua ini berlaku kerana TSMY tidak mengikuti penuh apa yang berlaku dalam PAU 2016. Dan inilah penyakit TSMY kerana percaya kepada khabar angin seperti mana dia mempercayai fakta salah mengenai 1MDB sehingga dia terpelanting keluar daripada UMNO dan Kerajaan.

9. Kesetiaan kepada Najib bukan kerana taksub kepada individu. Tetapi kesetiaan kepada institusi Presiden. Kesetiaan kerana dia setia kepada Perjuangan parti. Sebab itu bila Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Hussien On, Ku Li, Musa Hitam keluar parti mereka dianggap tidak setia kepada perjuangan parti. Maka tidak ramai yang ikut keluar menyertai mereka. Mereka setia pada pemimpin kerana pemimpin itu setia kepada PERJUANGAN parti.

10. Begitu juga apabila Tun M dan TSMY keluar parti dan menubuhkan parti baru PPBM, sebenarnya Mahathir dan Muhyiddin tidak setia kepada perjuangan parti. Sebab itu ahli UMNO kekal dalam UMNO. Hanya yang kecewa sahaja akan menyertai mereka berdua. Mereka itulah yang setia membuta tuli kepada Tun M dan Muhyiddin.

11. Saya ingin mencabar TSMY tolong nyatakan berapa ribu ahli UMNO yang sedia ada yang telah menyertai PPBM?

12. Sebab itu apabila Saidina Omar mendengar berita bahawa Rasulullah telah wafat, dia yang sedih kerana kecintaannya kepada Rasulullah telah mengangkat pedangnya dan berkata "siapa yang berani mengatakan Rasulullah telah wafat akan ku pancung dengan pedang ini".

13. Bila Saidina Abu Bakar mendengar kejadian tersebut, dia lantas menemui Omar dan berkata kepadanya "wahai Omar, jika kamu Islam kerana Muhammad, Muhammad sudah tiada. Tetapi jika kamu Islam kerana Allah, Allah tetap ada". Saidina Omar yang kesal diatas perbuatannya menangis sehingga pedang ditangannya terjatuh.

14. Maka begitulah UMNO. Jika mereka UMNO kerana individu, seperti Tun M dan Anwar, individu itu sudah tiada. Tetapi jika mereka UMNO kerana perjuangan, perjuangan UMNO tetap ada. Kesimpulannya ahli UMNO setia kepada Najib kerana Najib setia pada perjuangan UMNO. Itu bukan setia membabi buta.

15. Itu yang tidak difahami oleh TSMY. Sebab itu bila dia keluar UMNO dan meninggalkan pendiriannya "i am Malay first", tiada siapa yang mahu menjejakinya termasuk ahli UMNO di Pagoh. Mereka kekal setia dalam UMNO. Bukan kerana taksub kepada Najib tetapi taksub kepada perjuangan UMNO.

16. Kerana menolak kesetiaan membabi butalah ahli UMNO tidak mahu keluar meninggalkan UMNO dan ikut jejak Tun M dan TSMY. Dulu TSMY berani berkata "I am Malay first" kini segala galanya berubah. Selayaknya slogan baru beliau ialah "I am Lim Kit Siang first". Kerana Lim Kit Siang adalah Ketua "de facto" pemimpin pembangkang. Lim Kit Siang yang mencatur segala galanya.

0

PANDANGAN SAYA DULU TENTANG DAP TIDAK BETUL KATA TUN M

Posted by MALAYsian on 8:47 PM
PANDANGAN SAYA DULU TENTANG DAP TIDAK BETUL KATA TUN M. LIM KIT SIANG ADALAH DE FACTO OPPOSITION LEADER.

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

1. Tun M hari ini mengaku bahawa pandangan beliau dahulu tentang DAP adalah tidak benar.

2. Beliau menganggap kehadiran pertamanya di Persidangan Tahunan DAP 2016 kali ini sebagai satu ‘pengalaman baru’. Baginya DAP adalah parti yang mewakili pelbagai kaum, bukan hanya kaum Cina semata-mata.

3. Baru dia tahu DAP bukan parti Cina, tetapi sebuah parti pelbagai kaum. "Pandangan saya mengenai DAP sebelum ini tidak betul,” katanya.

4. Tidak sukar untuk memahami kenapa Tun M berkata sedemikian. Bukan kerana Tun M mudah lupa tetapi Tun M terpaksa buat buat lupa untuk menghalalkan strateginya untuk menjahanamkan UMNO. Tun M sanggup diperkudakan oleh DAP untuk menjawab serangan DS Najib dalam ucapan penggulungannya bahawa UMNO sekarang ini berlawan dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP bukannya Tun M.

5. Kini jelas Lim Kit Siang adalah "Ketua De Facto Pembangkang" bukannya Tun M. Mengheret Tun M ke Persidangan Tahunan DAP dan memintanya berucap membela DAP merupakan kejayaan halus DAP memperkudakan Tun M. Tetapi Tun M tidak peduli semua itu asalkan UMNO musnah dan lebur dalam PRU ke 14. Dendam kesumat Tun M terhadap Najib kerana tidak membantu Mukriz menang Naib Presiden UMNO tidak lagi boleh dibendung selain isu jambatan bengkok dan isu Proton.

6. Ternyata pendedahan Najib sewaktu ucapan penggulungan menjadikan DAP seperti cacing kepanasan dan defensif. Mereka tidak menjangka Najib akan berbuat demikian.

7. Macam macam alasan Tun M untuk memuji DAP seperti pengunaan bahasa kebangsaan dalam lagu DAP termasuk ucapan yang disampaikan dalam bahasa kebangsaan. Ini tak terdapat dalam MCA,” ujarnya.

8. Tetapi lupakah Tun M, DAP hanya meniru strategi PAP Singapura. Lagu Kebangsaan Singapura adalah dalam Bahasa Melayu, tetapi apa terjadi kepada orang Melayu akibat dasar Malaysian Malaysia yang diamalkan di Singapura?

9. Dasar yang sama inilah juga digunakan oleh DAP. Mereka memperjuangkan Malaysian Malaysia atau sekarang dikenali Middle Malaysia. Itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistewaan Orang Melayu dalam Fasal 153.

10. Bahkan dalam Perlembagaan DAP cukup jelas mereka memperjuangkan penubuhan sebuah negara "sekular". Ini juga bertentangan dengan spirit Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan.

11. Sebelum ini timbul kekecohan dalam pertemuan paderi paderi yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong iaitu Jeff Ooi untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian. Perkara ini didedahkan oleh Encik Razali bekas ahli strategik DAP.
12. Tindak tanduk DAP tidak menggambarkan bahawa ia adalah parti berbilang kaum. DAP membela kuat SJKC tetapi tidak peduli nasib sekolah kebangsaan khususnya di kawasan pedalaman.

13. Lihatlah nasib orang Melayu di Pulau Pinang sejak pentadbiran DAP. Mereka semakin terpinggir dan dianak tirikan. DAP hanya menjuarai isu isu kaum Cina. UMNO pula adalah parti inklusif yang bukan sahaja untuk 3 juta ahli UMNO tetapi juga pembela rakyat yang sekarang ini berjumlah hampir 31 juta orang.

14. Justeru, Tun M hanyalah kuda tunggangan kepada Lim Kit Siang yang sekarang ini merupakan De Facto Opposition Leader. Bukannya Tun M.

0

MALAYSIA WAJAR MEMANDANG SERIOUS PENDEDAHAN AKHBAR USA TODAY MENGENAI PENGLIBATAN SOROS MEMBANTAH KEMENANGAN TRUMP.

Posted by MALAYsian on 4:23 PM
1. Pendedahan akhbar USA Today (semalan) amat mengejutkan terutama modus operandi yang digunakan oleh Soros di Amerika adalah hampir sama dengan apa yang berlaku di Malaysia.

2. Pendedahan USA Today bahawa Soros menggunakan Open Society Foundation menaja kumpulan kumpulan tertentu atas nama Hak Asasi dan demokrasi supaya berdemontrasi dan mengadakan protes jalanan atas kemenangan Trump untuk menimbulkan ketegangan dan melanggar undang undang di Amerika sepatutnya diambil perhatian serious oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

3. Akhbar itu mendedahkan sehari selepas Trump diistiharkan menang Soros dituduh menaja banyak kumpulan di Amerika supaya mengadakan demontrasi berterusan untuk menentang Trumph. Akhbar itu mendedahkan Soros mengapikan kebencian melalui protes jalanan. "Soros promotes hate through protest. I don't see how that helps anybody" (Rochelle Winther Los Angeles).

4. Modus operandi sama di gunakan di Malaysia iaitu Open Society Foundation menaja beberapa kumpulan termasuk BERSIH, Malaysiakini, Merdeka Centre dan Bar Council. BERSIH digunakan untuk mengadakan demontrasi berterusan kononnya untuk memperjuangakn pilihanraya bersih dan adil di Malaysia. Trump seperti yang dilaporkan oleh USA Today menggelar golongan ini sebagai "The Professional Protester".

5. Perkara sama berlaku di Malaysia sebab itu demontrasi anjuran BERSIH berterusan dan sudah masuk siri ke 5. Ia didokong pula oleh golongan profesional seperi Majlis Peguam. Malaysiakini pula sering membuat laporan berat sebelah mengenai kejayaan perhimpunan BERSIH.

6. Sedangkan sejak BERSIH 1, beberapa pilihanraya kecil diadakan dan ada yang dimenangi oleh Pembangkang tetapi BERSIH tetap diteruskan. Sebenarnya matlamat mereka adalah sama seperti di Amerika iaitu untuk mengujudkan kebencian dan Kerajaan sedia ada lebih mudah ditumbangkan melalui bantuan Soros.

7. Justeru kalau di Amerika pendedahan penglibatan Soros ini boleh menjadi isu hangat dan menyebabkan penyokong Trump iaitu kumpulan Reddit Subgroup bangkit marah dan mengadakan protes balas dihadapan pejabat Soros di Manhattan maka adalah wajar rakyat Malaysia juga mesti menentang campur tangan asing ini di Malaysia.

8. Diharap lebih banyak pendedahan dibuat mengenai penglibatan Soros terhadap beberapa organisasi di Malaysia seperti kumpulan BERSIH yang dipimpin oleh Maria Chin. Sebab itu penahan Maria Chin di bawah SOSMA adalah wajar dan pendedahan mesti dibuat segera mengenai penglibatan Soros dan Open Society Foundation di Malaysia.

9. Pendedahan Wikileaks pertengahan tahun ini mengenai "The Malaysia Programme" selari dengan pendedahan Akhbar USA Today. Ia menyebut Soros ada kepentingan peribadi dan mahu pembangkang menang PRU. Orang seperti Glen Beck dan Alex Jones menggelar Soros sebagai The Boogeyman, Puppet Master dan Fundamentally Evil, justeru memang wajar Maria Chin dan BERSIH disiasat di bawah SOSMA.


Mohd Puad Zarkashi
KP JASA Malaysia

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.