0

Majlis Pelancaran JUARA RAKYAT (Bulan Kebajikan) Bagi Parlimen Kangar

Posted by MALAYsian on 7:48 PM
JUARA RAKYAT merupakan satu lagi program yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri bagi mendekati rakyat, serta memenangi hati rakyat.

Pada 21hb Februari yang lalu, Parlimen Kangar telah melancarkan kempen dan program tersebut di perkarangan Bangunan MARA Kangar, Perlis.

Program Juara Rakyat Parlimen Kangar ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu (Menteri Besar Perlis). Program yang bertemakan kebajikan pada kali ini turut disertai oleh semua ADUN dalam Bahagian Kangar termasuklah kepimpinan ketiga-tiga sayap UMNO yang terdiri dari Ketua Pergerakan Wanita, Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri bagi UMNO Bahagian Kangar.

Selain itu, kehadiran barisan kepimpinan MCA dan MIC juga turut memeriahkan lagi majlis perasmian dan program tersebut.

Program kebajikan kali ini melibatkan 20 orang penduduk uzur dan miskin bagi setiap DUN. Setiap ADUN akan turun ke kawasan masing-masing dan menyampaikan sendiri sumbangan berupa beras, hamper barangan dapur dan sedikit wang saku.

Program ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban peserta, selain dapat merapatkan dan mendekatkan ADUN dengan rakyat setempat.


0

CEGAH SEBELUM PARAH - Hati-Hati Dengan Jerat Valentine Day (14 Februari)

Posted by MALAYsian on 7:50 PM
Sambutan Valentime Day @ Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari setiap tahun kononnya merupakan hari pasangan kekasih membuktikan setia kasih mereka kepada pasangan masing-masing.

Hari Kekasih ini juga dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi atau pasangan kekasih.

Sambutan hari ini sudah menjadi satu budaya yang diamalkan oleh muda-mudi di negara kita.

Tanpa disedari, budaya terpesong ini menjadi antara penyumbang kepada statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah di negara kita.

Pada tahun ini, hari tersebut kebetulannya jatuh pada hari sambutan perayaan Tahun Baru Cina (Cuti Umum), maka berpestalah anak anak muda kita nanti.

Justeru itu, marilah kita sama- sama berganding bahu mengambil langkah mencegah dan membendung anak-anak muda kita daripada melibatkan diri dalam sambutan tersebut.

Moga Allah Selamatkan kita dari Musibah dan Bala...


0

Suatu Masa : Sekitar Kunjungan Dato' Fuad ke Negeri Perlis - 18 November 2009

Posted by MALAYsian on 6:24 AM

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.