0

BAZAR KRAF HUJUNG TAHUN

Posted by MALAYsian on 12:54 AM


0

#BAJET2016 : BR1M

Posted by MALAYsian on 12:45 AM


0

#BAJET2016 : PELEPASAN CUKAI

Posted by MALAYsian on 12:44 AM


0

#BAJET2016 : 5 HABUAN UNTUK RAKYAT

Posted by MALAYsian on 12:42 AM

0

Rumah KEMPs Jadi Sasaran Pencuri

Posted by MALAYsian on 12:34 AM
KANGAR 3 Nov. - Tiga unit kompresor pendingin hawa di rumah Kelab Media Perlis (Kemps) menjadi sasaran pencuri mengakibatkan kerugian kira-kira RM1,500.
Kejadian disedari Presiden Kemps, Shahidi Shahidan ketika datang ke rumah itu pada pukul 1 petang semalam.

“Saya datang untuk bermesyuarat bersama wakil Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi satu program melibatkan kelab sebelum menyedari kehilangan itu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Kangar di sini semalam.

Shahidi memberitahu, kejadian itu mungkin sudah lama berlaku iaitu lebih seminggu lalu tetapi baru disedari hari ini.
“Keadaan rumah kelab yang sunyi sejak kebelakangan ini telah menyebabkan pencuri mengambil kesempatan,” katanya.
Ketua Polis daerah, Superintenden Abdul Rahman Mohd. Noordin ketika ditemui mengesahkan menerima laporan itu.

UTUSAN ONLINE

0

SUKAN AIR TRADISIONAL KUALA PERLIS 2015

Posted by MALAYsian on 12:28 AM
SUKAN AIR TRADISIONAL KUALA PERLIS KEMBALI.

BERIKUT ADALAH JADUAL ATURACARA PROGRAM SEPANJANG KEJOHANAN TERSEBUT



0

PERLIS CATAT KEPUTUSAN TERBAIK UPSR 2015

Posted by MALAYsian on 12:25 AM
INI MERUPAKAN KEPUTUSAN TERBAIK DALAM TEMPOH 5 TAHUN



0

TEKNOUSAHAWAN ANIMASI DIGITAL KINI DI PERLIS

Posted by MALAYsian on 12:23 AM
KHUSUS UNTUK ANDA YG MEMINATI BIDANG ANIMASI, JOM SERTAI.. BUAT JULUNG-JULUNG KALINYA DI PERLIS. TERBUKA KEPADA SEMUA YG MEMENUHI SYARAT.

BERMINAT HUBUNGI SEGERA PN FETRAH DI TALIAN 019 4882452



0

TAHNIAH BUAT SEMUA CALON UPSR 2015 YANG MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG

Posted by MALAYsian on 12:05 AM


0

TERIMA KASIH YAB PM

Posted by MALAYsian on 6:13 PM


0

MAPPA XIV : Najib Umum Bantuan Khas Hari Raya Dan Imbuhan Tetap Perumahan

Posted by MALAYsian on 5:58 PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat Gred 54 dan ke bawah.

Perdana Menteri berkata, bantuan berkenaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan hari lebaran.

Katanya, bantuan khas ini akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250.

"Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini yang membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) di sini.

Najib turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini.

Beliau berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

Katanya, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka.

"Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya.


Intipati Amanat Ucapan YAB Perdana Menteri sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 14 (MAPPA XIV)

1. Perjumpaan MAPPA dapat melahirkan penghargaan & pengukuhan kerjasama antara kementerian dan agensi.

2. Membolehkan kerajaan menampilkan gagasan dan harapan kerajaan dan mewakili rakyat dgn semua penjawat awam

3. Penjawat awam memainkan peranan dalam menterjemah peranan melalui pelaksanaan yg berkesan supaya pembangunan dapat dijalankan secara efektif.

4. Langkah2 dilakukan untuk menjaga kebajikan penjawat awam. Mensejahterakan rakyat dan negara.

5. Memberikan focus kepada pertumbuhan ekonomi negara. Soal pengagihan kekayaan negara.

6. Sebagai kerajaan yang sentiasa prihatin - kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan - RM300.

7. Capaian High Income country sukar - still ramai pekerja asing.

8. Low Income - not the right model. High income - the new model for Malaysia.

9. A good performing ministry - habiskan allocation yang diberikan. But now try to challenge ourselves

10. Cadangan dari PM - mana2 Kementerian yang boleh melakukan penjimatan, ia akan dipulangkan balik kepada Kementerian. (Kaedah formula harus difikirkan bersama).

11. Principal - is to rewarded those ministries that can save the allocation given rather than giving back to the MOF.

12. Menginginkan Perkhidmatan awam memberikan yang terbaik kepada rakyat. Eg: Jab Kastam - proses passport jadi 1 jam daripada 3 bulan.

13. Ramai penjawat awam yang menyabung nyawa membantu musibah gempabumi. (Askar, polis, doctor) - unsung heroes.

14. Melakukan perubahan minda dan melihat kepada kerjasama lebih baik.

15. Multitasking - cadangan kepada pemandu2 kereta.

16. Mulai 1 Januari - ready to take off -preparation lebih awal untuk RMK 11.

17. Last but not least - sebagai penjawat awam - jaga rahsia kerajaan. Kepentingan negara.

18. We want Malaysia to be a great nation. Tiada jalan singkat untuk ke destinasi. Ketahuilah setiap kepahitan, jika kita bersabar, kemanisan akan sedia menanti.

19. Selamat menyambut Ramadhan.

20. Membantu meringankan penjawat awam - Bonus Ramadhan RM500 gred 54 dan ke bawah. Pencen RM250. Berkuatkuasa 25 Jun

0

YAB PM Nak Mai Perlih Hujung Bulan Ni.. Selamat Datang Dato' Seri

Posted by MALAYsian on 10:22 PM


0

#RMK11 : 6 STRATEGI TERAS RMK11

Posted by MALAYsian on 12:56 AM


0

#RMK11: Intipati Rancangan Malaysia Ke-11

Posted by MALAYsian on 12:33 AM


Berikut ialah inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini:

* Tema : Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

* Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata;

* Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah negara maju;

* Ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada prospek ekonomi dunia yang lebih kukuh, pemulihan harga komoditi dan inflasi global yang rendah;

* RMK-11 juga melihat pasca 2020 dengan Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih bersepadu di peringkat serantau dan global;

* KDNK Malaysia mencecah RM2.6 trilion pada 2030 (RM1.4 trilion pada 2020);

* Lebih 40 peratus daripada jumlah guna tenaga akan terdiri daripada pekerja mahir pada 2030 (2020: 35 peratus);

* KDNK per kapita dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM117,260 pada 2030 (2020: RM54,890);

* Perdagangan dunia dijangka meningkat kepada US$44 trilion pada 2030 (US$26 trilion diunjurkan pada 2020);

* Sasaran RMK-11 menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebenar berkembang 5.6 peratus setahun;

* Produktiviti pekerja meningkat kepada RM92,300 pada 2020 (2015: RM77,100)

* Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020;

* Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat kepada RM10,540 pada 2020 (2014: RM6,141);

* Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada 2020, (2015: 34.9 peratus)

* Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM) meningkat 17 peratus setahun, petunjuk peningkatan kesejahteraan rakyat;

* Inflasi kekal rendah di bawah 3.0 peratus;

* 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan pada tahun 2020;

* Pertumbuhan akan dipacu oleh sektor swasta dengan pelaburan swasta berkembang pada 9.4 peratus setahun;

* Sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang lebih daripada 75 peratus KDNK;

* Imbangan pembayaran dijangka kekal dalam lebihan sebanyak 2.6 peratus PNK;

* Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan terus berkurangan kepada kurang daripada 45 peratus pada 2020;

* Hasil berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dan pergantungan kepada hasil berkaitan minyak berkurangan kepada 15.5 peratus pada 2020;

* Pengenalan GST akan menyumbang pendapatan sebanyak RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan dalam RMK-10;

* RMK11: Enam teras strategik: –

Pertama: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama

Kedua: Meningkatkan kesejahteraan untuk semua

Ketiga: Mempercepat pembangunan modal insan untuk negara maju

Keempat: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan

Kelima: Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi

Keenam: Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

0
Posted by MALAYsian on 11:09 PM
KAMI BEROPERASI DI PEJABAT BARU


0

SELAMAT HARI POLIS KE 208

Posted by MALAYsian on 5:28 PM
Selamat Menyambut dan Memperingati Hari Polis Ke 208


'POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA'


0

MESYUARAT MBJ JASA PERLIS BIL.1/2015

Posted by MALAYsian on 9:05 PM
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Perlis Bil.1/2015
Tarikh : 24.03.2015 (Selasa)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat JASA Negeri Perlis



Gambar : Pengerusi MBJ Dan SU MBJ JASA Perlis Yang Baharu Dilantik

0

Selamat Datang dan Selamat Bertugas YBhg Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Posted by MALAYsian on 8:46 PM

Hari ini, tanggal 16 Mac 2015 merupakan hari di mana Ybhg Datuk Puad menjalankan tugas secara rasmi sebagai Ketua Pengarah JASA.

Kami seluruh warga kerja JASA Negeri Perlis mengalu-alukan kedatangan Ybhg Datuk. Selamat datang dan selamat menjalankan tugas kami ucapkan.

Semoga JASA akan lebih mantap dan perkasa.


0

Tahniah Dan Selamat Datang

Posted by MALAYsian on 9:36 PM


Kami Seluruh Warga JASA Negeri Perlis Mengucapkan Tahniah Kepada Ybhg Datuk Dr Hj Puad Zarkashi Atas Pelantikan Sebagai Ketua Pengarah JASA Yang Baru. Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas Kami Ucapkan.


Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.