0

SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-85

Posted by MALAYsian on 7:28 PM


0

Harga Minyak Naik

Posted by MALAYsian on 7:06 PM
PETALING JAYA: Harga baharu semua bahan api naik mulai tengah malam ini.

Harga RON95 naik tiga sen dengan harga baharu RM2.20 seliter manakala RON97 naik sebanyak empat sen, RM2.47 seliter.

Manakala harga baharu diesel juga naik lima sen kepada RM2.18 seliter berbanding harga sebelum RM2.13.

Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis, 1 hingga 7 Mac ini.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.


0

Harga Petrol, Diesel Turun

Posted by MALAYsian on 7:28 PM

PETALING JAYA: Harga baharu RON95, RON97 dan diesel turun bermula 22 Februari 2018.

Harga baharu RON95 turun sebanyak enam sen iaitu RM2.17 seliter berbanding RM2.23, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.43 seliter turun tujuh sen daripada RM2.50.

Diesel pula turun sebanyak enam sen menjadi RM2.13 seliter.

Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 28 Februari 2018.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April tahun lalu.

0

JASA D'RADIO BERSAMA YB AHLI PARLIMEN KANGAR - 9.2.2018

Posted by MALAYsian on 11:10 PM
JOM DENGARKAN PROGRAM BUAL BICARA 'JASA D'RADIO' BERSAMA AHLI PARLIMEN KANGAR YB IR SHAHARUDDIN BIN ISMAIL.

BERBICARA MENGENAI 'BAJET2018 MERINGANKAN BEBAN RAKYAT'

SECARA LANGSUNG DI PERLIS FM @102.9MHz, JUMAAT INI JAM 3.00 PETANG.

0

Maklumat, Berita Palsu Ancaman Kepada Demokrasi - Salleh

Posted by MALAYsian on 11:08 PM

KUALA LUMPUR - Demokrasi dan kebebasan bersuara perlu dilindungi daripada maklumat dan berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, keutuhan kedua-dua perkara itu perlu ditegakkan dengan mengekang salah guna kebebasan bersuara oleh mereka yang menyebarkan maklumat dan berita palsu.

Katanya, pemimpin Pakatan Harapan mendakwa undang-undang baharu yang dicadangkan bagi membendung salah guna kebebasan bersuara dan berita palsu bertujuan untuk menyembunyikan kebenaran.

“Malah, dunia Barat mula mengkaji semula kebebasan bersuara dan kini menganggap maklumat dan berita palsu sebagai bukan kebebasan bersuara tetapi ancaman kepada demokrasi,” katanya dalam catatan terbaharu blog sskeruak.blogspot.my.

Menurutnya, Britain, tonggak demokrasi dan kebebasan bersuara, juga berpendapat bahawa orang ramai telah menyalahgunakan kebebasan bersuara dan ia sedang menimbang untuk menggubal undang-undang baharu bagi membendung perkara itu.

Menteri berkenaan berkata, undang-undang antiberita palsu yang baharu itu adalah terpakai kepada semua dan bukan hanya tertakluk kepada politik berikutan meningkatnya berita-berita palsu.

“Jika apa yang disebarkan bukanlah berita palsu, oleh itu, mengapa perlu rasa bimbang,” katanya.

Salleh berkata undang-undang berkenaan bertujuan melindungi mangsa berita palsu yang sepatutnya turut diberi keadilan.



BERNAMA

0

HARGA PETROL NAIK, HARGA DIESEL TURUN

Posted by MALAYsian on 10:11 PM
HARGA RUNCIT BAHAN API : 8 FEBRUARI 2018 - 14 FEBRUARI 2018



0

HARGA PETROL DAN DIESEL NAIK

Posted by MALAYsian on 7:53 PM


Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.