0

TERIMA KASIH YAB PM

Posted by MALAYsian on 6:13 PM


0

MAPPA XIV : Najib Umum Bantuan Khas Hari Raya Dan Imbuhan Tetap Perumahan

Posted by MALAYsian on 5:58 PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat Gred 54 dan ke bawah.

Perdana Menteri berkata, bantuan berkenaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan hari lebaran.

Katanya, bantuan khas ini akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250.

"Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini yang membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) di sini.

Najib turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini.

Beliau berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

Katanya, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka.

"Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya.


Intipati Amanat Ucapan YAB Perdana Menteri sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 14 (MAPPA XIV)

1. Perjumpaan MAPPA dapat melahirkan penghargaan & pengukuhan kerjasama antara kementerian dan agensi.

2. Membolehkan kerajaan menampilkan gagasan dan harapan kerajaan dan mewakili rakyat dgn semua penjawat awam

3. Penjawat awam memainkan peranan dalam menterjemah peranan melalui pelaksanaan yg berkesan supaya pembangunan dapat dijalankan secara efektif.

4. Langkah2 dilakukan untuk menjaga kebajikan penjawat awam. Mensejahterakan rakyat dan negara.

5. Memberikan focus kepada pertumbuhan ekonomi negara. Soal pengagihan kekayaan negara.

6. Sebagai kerajaan yang sentiasa prihatin - kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan - RM300.

7. Capaian High Income country sukar - still ramai pekerja asing.

8. Low Income - not the right model. High income - the new model for Malaysia.

9. A good performing ministry - habiskan allocation yang diberikan. But now try to challenge ourselves

10. Cadangan dari PM - mana2 Kementerian yang boleh melakukan penjimatan, ia akan dipulangkan balik kepada Kementerian. (Kaedah formula harus difikirkan bersama).

11. Principal - is to rewarded those ministries that can save the allocation given rather than giving back to the MOF.

12. Menginginkan Perkhidmatan awam memberikan yang terbaik kepada rakyat. Eg: Jab Kastam - proses passport jadi 1 jam daripada 3 bulan.

13. Ramai penjawat awam yang menyabung nyawa membantu musibah gempabumi. (Askar, polis, doctor) - unsung heroes.

14. Melakukan perubahan minda dan melihat kepada kerjasama lebih baik.

15. Multitasking - cadangan kepada pemandu2 kereta.

16. Mulai 1 Januari - ready to take off -preparation lebih awal untuk RMK 11.

17. Last but not least - sebagai penjawat awam - jaga rahsia kerajaan. Kepentingan negara.

18. We want Malaysia to be a great nation. Tiada jalan singkat untuk ke destinasi. Ketahuilah setiap kepahitan, jika kita bersabar, kemanisan akan sedia menanti.

19. Selamat menyambut Ramadhan.

20. Membantu meringankan penjawat awam - Bonus Ramadhan RM500 gred 54 dan ke bawah. Pencen RM250. Berkuatkuasa 25 Jun

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.