0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN (31 OGOS - 6 SEPTEMBER 2017)

Posted by MALAYsian on 12:37 AM


0

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Posted by MALAYsian on 9:22 PM


0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN (24 OGOS - 30 OGOS 2017)

Posted by MALAYsian on 6:00 PM

0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN (17 OGOS - 23 OGOS 2017)

Posted by MALAYsian on 5:30 PM


0

TARIKH PEMBAYARAN BR1M FASA 3 (FASA TERAKHIR BAGI TAHUN 2017)

Posted by MALAYsian on 8:39 PM


0

Najib Sertai 10,000 Umat Islam Doa Untuk Malaysia

Posted by MALAYsian on 1:18 AM
PUTRAJAYA 12 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini me­n­yertai lebih 10,000 umat Islam yang membanjiri Dataran Putra, Presint 1, di sini pada program Doa Untuk Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 dengan membawa tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’.

Hadir sama pada majlis yang memasuki tahun keempat itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Program tahunan kerjasama antara Kementerian Komunika­si dan Multimedia, Radio Tele­vi­syen Malaysia (RTM), Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) itu merupakan program pembukaan kepada semua acara sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017.

Program itu dimulakan de­ngan solat maghrib berjemaah di Masjid Putra disusuli solat isyak dan kemudiannya solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Datuk Abdul Manaf Mat.

Kemuncak acara adalah ba­ca­an doa yang dipimpin oleh Jamil Khir bagi memohon penyatuan rakyat Malaysia agar tidak lemah dalam menghadapi serangan adu domba pihak tertentu.

Pengisian doa itu termasuk memohon agar rakyat Malaysia dilindungi dari segi sosial, ekonomi dan politik mahupun daripada bencana alam serta huru-hara.

Ia diikuti dengan alunan selawat serta qasidah yang dipimpin oleh pendakwah terkenal dari Indonesia iaitu Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dan disertai kumpulan nasyid tempatan In-Team, Al-Mawlid serta kumpulan hadrah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Program diteruskan dengan sesi tazkirah kemerdekaan oleh penceramah terkenal, Datuk Bad­-
lishah Alauddin.

Antara tujuan penganjuran program tersebut adalah bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan nilai keagamaan melalui pengisian program berteraskan Islam selain mampu menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat yang cintakan agama, bangsa dan negara.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

0

JASA D' Radio - 11 OGOS 2017

Posted by MALAYsian on 7:51 PM
JASA D'Radio

Tarikh : 11 Ogos 2017 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang

Tajuk : @instamerdeka

Di : PerlisFM @ 102.9MHz

0

JOM KIBAR JALUR GEMILANG!!

Posted by MALAYsian on 9:34 PM


0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN (10 OGOS - 16 OGOS 2017)

Posted by MALAYsian on 5:44 PM


0

Veteran ATM Bakal Terima Dua Berita Baik – Hishammuddin

Posted by MALAYsian on 8:54 PM
KANGAR 6 Ogos - Selepas kerajaan mengumumkan enam berita gembira kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen minggu lalu, golongan itu dijangka bakal menerima dua lagi berita baik iaitu melibatkan agenda perumahan dan perubatan keseluruhan bulan depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda itu membabitkan pembelaan veteran ATM dalam memiliki rumah mampu milik serta mampu sewa dan penyediaan wad khas di enam buah hospital ATM.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan memberitahu, pihaknya turut meneliti cadangan untuk menggunakan kedai Perwira Niaga Malaysia (Pernama) bagi membantu meringankan kos sara hidup veteran ATM serta pendidikan anak cucu mereka.

“Saya yakin 300,000 veteran ATM mempunyai peranan pen­ting membantu agenda Barisan Nasional (BN) yang merupakan satu-satunya kerajaan membela nasib mereka.

“Inilah yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) minta saya lakukan dan bukan­nya melihat aset ketenteraan yang moden dan canggih,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Per­wakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Seri Azlan Man merangkap Menteri Besar; Setiausaha UMNO Bahagian Ka­ngar, Datuk Abdul Jamil Saad dan pemimpin ketiga-tiga bahagian di negeri ini serta 150 orang veteran ATM.

Pada 31 Julai lalu, Najib me­ngumumkan enam berita gembira buat veteran ATM yang antara lain melibatkan pembayaran Bantuan Bakti Negara (BBN) seba­nyak RM1,200 kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan RM600 kepada bukan penerima BR1M berusia lebih 60 tahun.

Selain itu, pengenalan Skim Anuiti Veteran yang memberikan pendapatan bulanan seumur hidup kepada veteran tidak berpencen seperti mana veteran yang mendapat pencen bulanan.

Menurut Hishammuddin, seramai 1,424 veteran ATM yang terdapat di bahagian Kangar mampu menyumbang kemenangan BN di negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

“Saya minta veteran bantu tampil menerangkan agenda ke­rajaan ini dalam WhatsApp dan tidak perlu mengikut rentak (pe­nipuan) pihak lain,” kata beliau.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN 3 OGOS - 9 OGOS 2017

Posted by MALAYsian on 11:33 PM


0

KKMM Tutup Akaun Media Sosial Sebar Fitnah

Posted by MALAYsian on 11:25 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti hampir 2,000 akaun media sosial palsu yang aktif dalam penyebaran berita palsu dan fitnah di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata pihaknya sudah mengambil pelbagai tindakan terhadap akaun palsu itu termasuk menutupnya.

"Daripada 2,000 akaun palsu itu hampir 75 peratus sudah diambil tindakan dan selebihnya masih dalam siasatan.

"Bagi tempoh Januari 2016 hingga Jun tahun ini, sebanyak 22 kes membabitkan media baharu termasuklah media sosial, laman sesawang dan blog sudah disiasat.

"Daripada jumlah itu, 19 kes dikenakan tindakan kompaun dan lima kes didakwa dan disabitkan kesalahan," katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Tasek Gelugor).


0

RON95, RON97 Naik 4 Sen

Posted by MALAYsian on 11:20 PM

KUALA LUMPUR: HARGA runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 4 sen seliter manakala diesel naik 6 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik 4 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.07 seliter berbanding RM2.03 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.32 berbanding RM2.28 sebelum ini.

Harga baharu diesel pula naik 6 sen menjadikan harga jualannya RM2.05 seliter berbanding RM1.99.

Harga baharu bahan api itu berkuat kuasa dari 3 Ogos 2017 hingga 9 Ogos 2017.

Sumber : BERITA HARIAN

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.