0

Veteran ATM Bakal Terima Dua Berita Baik – Hishammuddin

Posted by MALAYsian on 8:54 PM
KANGAR 6 Ogos - Selepas kerajaan mengumumkan enam berita gembira kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen minggu lalu, golongan itu dijangka bakal menerima dua lagi berita baik iaitu melibatkan agenda perumahan dan perubatan keseluruhan bulan depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda itu membabitkan pembelaan veteran ATM dalam memiliki rumah mampu milik serta mampu sewa dan penyediaan wad khas di enam buah hospital ATM.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan memberitahu, pihaknya turut meneliti cadangan untuk menggunakan kedai Perwira Niaga Malaysia (Pernama) bagi membantu meringankan kos sara hidup veteran ATM serta pendidikan anak cucu mereka.

“Saya yakin 300,000 veteran ATM mempunyai peranan pen­ting membantu agenda Barisan Nasional (BN) yang merupakan satu-satunya kerajaan membela nasib mereka.

“Inilah yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) minta saya lakukan dan bukan­nya melihat aset ketenteraan yang moden dan canggih,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Per­wakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Seri Azlan Man merangkap Menteri Besar; Setiausaha UMNO Bahagian Ka­ngar, Datuk Abdul Jamil Saad dan pemimpin ketiga-tiga bahagian di negeri ini serta 150 orang veteran ATM.

Pada 31 Julai lalu, Najib me­ngumumkan enam berita gembira buat veteran ATM yang antara lain melibatkan pembayaran Bantuan Bakti Negara (BBN) seba­nyak RM1,200 kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan RM600 kepada bukan penerima BR1M berusia lebih 60 tahun.

Selain itu, pengenalan Skim Anuiti Veteran yang memberikan pendapatan bulanan seumur hidup kepada veteran tidak berpencen seperti mana veteran yang mendapat pencen bulanan.

Menurut Hishammuddin, seramai 1,424 veteran ATM yang terdapat di bahagian Kangar mampu menyumbang kemenangan BN di negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

“Saya minta veteran bantu tampil menerangkan agenda ke­rajaan ini dalam WhatsApp dan tidak perlu mengikut rentak (pe­nipuan) pihak lain,” kata beliau.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.