rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

YAWAS : Kenapa Teresa Berbohong?


Marah benar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok apabila diasak oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim di Parlimen kelmarin mengenai dakwaan penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Selaku anak Selangor memang patut Irmohizam bertanyakan Teresa adakah benar RM10 juta dari dana YAWAS dimasukkan ke akaun sembilan wakil rakyat pembangkang?

Daripada mana RM10 juta ini diperoleh? Ke mana dan siapakah ahli-ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang menerima duit ini? Kenapa peruntukan YAWAS diagihkan ke negeri lain?

Dana yang dikatakan diperuntukkan dalam YAWAS ini besar iaitu amaunnya RM500 juta. Sedangkan pelantikan pengurus besar yang mengendalikan dana sebesar ini dikatakan tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). Dikatakan individu terbabit muflis sejak 2008. Bagaimana pula boleh menguruskan RM500 juta setahun? Bukankah ini sekali gus mencetuskan persoalan berkaitan integriti?

Adakah juga benar berlaku dana kerajaan Persekutuan telah dimasukkan ke dalam dana YAWAS?

Skim yang diletakkan di bawah YAWAS kalau disenaraikan memang berkait rapat dengan rakyat akar umbi. Terdapat skim bantuan tadika, skim mesra usia emas, skim kesihatan wanita, Insentif perkahwinan belia dan beberapa lagi. Matlamatnya murni tetapi cara pengendalian dan pengurusannya amat meragukan kerana pernah ditegur oleh Laporan Audit Negara beberapa tahun lalu.

Apabila mendengar ingatan Teresa kepada Irmohizam supaya jangan mempercayai pendedahan dibuat Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkaitan penyelewengan YAWAS, kita semua pasti tertawa sendirian.

Bukan apa, kalau si Rafizi Ramli yang mendedahkan, pasti Teresa bertepuk tampar dan siap akan bagi `bukti lagi’.

Teresa oh! Teresa. Bab menafikan adalah yang nombor satu.

Jamal sebelum ini mendakwa Teresa berbohong dan seorang wakil rakyat hipokrit kerana tidak mengaku telah menggunakan wang YAWAS hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.

Menurut Jamal, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri. Tindakan Teresa yang masih menggunakan kad ATM tersebut sangat menghairankan kerana beliau merupakan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan, bukannya di Selangor.

Dana YAWAS disediakan untuk ADUN dan Ahli Parlimen di Selangor sahaja bagi disumbangkan kepada waris yang telah meninggal dunia. Setiap keluarga akan diberikan sumbangan sebanyak RM2,500.00

SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE 84


WARKAH BALAS MUHYIDDIN MEMANG ANGKUH DAN SOMBONG


1. Seperti perumpamaan, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan tangan, maka warkah balas Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada titah Tuanku Sultan Johor jelas membuktikan dia kaki lawan. Muhyiddin benar benar terasa pedasnya. Itu membuktikan memang dia yang memakan cilinya.

2. Isu utama yang dipersoalkan oleh Muhyiddin dalam warkahnya itu ialah isu "angkuh dan sombong". Dia menganggap Tuanku menyindirnya sebagai seorang yang angkuh dan sombong.

3. Menulis warkah terbuka sebenarnya membuktikan Muhyiddin memang angkuh dan sombong. Dia boleh memohon perkenan Tuanku untuk mengadap jika mahu membuat penjelasan. Bagi rakyat Johor, umum mengetahui sikapnya terhadap istana semasa menjadi Menteri Besar sebab itu dia berpindah ke pusat.

4. Muhyiddin secara angkuh dan sombong hanya sekadar mengambil secebis dari cerita pembangunan negeri Johor, sedangkan ada beberapa perkara di bawah pentadbirannya yang menghantui bangsa Johor hingga ke hari ini.

5. Dana Johor yang diperkenalkan oleh beliau menyebabkan rakyat Johor terbelenggu dengan hutang bank hingga ke hari ini. Menyedihkan kerana ramai dari mereka telah pun meninggal dunia. Muhyiddin menjanjikan harga saham akan naik sampai RM5. Maka kempen membeli saham hingga ke ceruk kampung dilakukan beliau untuk menggalakkan orang kampung membeli saham termasuk berhutang di bank.

6. Apa terjadi kemudiannya. Harga saham jatuh hingga serendah 20 sen ke bawah. Setiap hari orang kampung dikejar bank. Datuk Ghani Othman mencadangkan kepada Tun M agar kerajaan pusat mengambil alih saham tersebut. Jawapan Tun M ialah Dana Johor tidak ada aset. Kalau MAS bolehlah kerajaan pusat beli sahamnya kerana sekurang kurangnya MAS ada aset seperti kapal terbang atau airport. Untuk makluman Bangsa Johor, Tun M lebih berminat menyelamatkan syarikat kroninya termasuk syarikat perkapalan anaknya Mirzan yang bankrap. Nasib orang kampung diabaikan.

7. Dasar penswastaan Muhyiddin hanya menguntungkan satu pihak. Contohnya penswastaan air. Pengurusan air bersih diberikan kepada kroninya. Menakala penswastaan perkhidmatan seperti mengurus paip bocor dan pembayaran bil ditanggung oleh Syarikat Air Johor (SAJ). Bahkan perjanjian berat sebelah itu telah pun dibuat awal iaitu SAJ mesti membeli air bersih daripada syarikat kroni Muhyiddin untuk tempoh 90 tahun. Kenapa penswastaan total tidak ditanggung oleh satu pihak sahaja?

8. Itu juga yang berlaku apabila tanah KEJORA seluas 40,000 ekar diserahkan kepada syatikat kroninya yang sama. Persoalannya kenapa pentadbiran KEJORA tidak diswastakan dan diambil alih keseluruhannya oleh syarikat kroni tersebut?

9. Muhyiddin memang angkuh dan sombong kerana dia tidak suka mendengar penjelasan. Tuanku Sultan dan Menteri Besar Johor sudah pun menjelaskan mengenai projek Forest City. Tetapi dalam warkahnya itu dia masih mempertikaikan projek reclaimation tersebut. Dia memang degil. Sebab itu dalam kes 1MDB dia juga tidak mahu mendengar penjelasan. Akhirnya hingga ke hari ini dia berterusan memfitnah 1MDB kononnya berhutang RM52 Bilion. Hakikatnya rasionalisasi telah pun berjalan termasuk penjualan Edra dan Bandar Malaysia. Sudah tentu hutang 1MDB telah berkurangan.

10. Kesemua itu membuktikan, Muhyiddin memang seorang yang degil, tidak mahu mendengar penjelasan, angkuh dan sombong.

TUN M MUKA SELAMBA DI KONVENSYEN REFORMIS MALAYSIA 2017

Konvensyen ini diadakan untuk mengingati reformis 1998 termasuk Anwar yang kini dipenjarakan kerana isu liwat. Sebelum itu Anwar mendakwa dia dipecat, dipenjara, dilebamkan mata oleh Mahathir kerana Mahathir rasa kedudukannya digugat oleh Anwar.

Tetapi di konvensyen ini, Tun M menebalkan muka untuk hadir walaupun pada tahun 1998 dia digelar sebagai mahazalim. Pada ketika itu Tun M mendakwa demontrasi bukan budaya kita.

Berlaku kekecohan dan kecelaruan ekoran kehadiran beliau di konvensyen ini. Dia di boo. Ada peserta menjerit "Mahathir Zalim". Azmin mendakwa dia tidak pernah menerima arahan Anwar untuk menjatuhkan Tun M pada tahun 1998 itu. Wan Azizah dan Hishamuddin Rais pula mendakwa gerakan reformasi berjaya memaksa Tun M meletak jawatan. Justeru Hishamuddin mendesak supaya demontrasi digunakan sebagai kaedah utama untuk menjatuhkan Najib.

Tetapi Tun M hadir dengan muka selamba. Dia juga turut melaungkan slogan "reformasi". Bahkan dengan tanpa rasa bersalah dia mengatakan pembangkang mesti bersatu untuk menjatuhkan Najib. Dan selepas itu dia bersedia untuk dikenakan tindakan. Itulah Tun M. Dia tahu jika BN tumbang nanti, tiada tindakan akan dikenakan ke atasnya sebab dia sudah kowtim dengan Lim Kit Siang dan DAP.

Dalam item ke 6 Resolusi Konvensyen Reformasi 2017 menyebut, "Tun M bukanlah seorang reformis dan konvensyen ini bukan lah forum untuk meminta pandangannya tentang agenda reformasi.

Kalau begitu apa tujuan mereka menjemput Tun M menghadiri konvensyen tersebut. Satu sebab kata Tun M dia marah pada Anwar ialah kerana ucapannya semasa merasmikan Konvensyen UMNO Johor di Pulau Sibu pada tahun 1998.

Dalam ucapan itu Anwar mengajak rakyat melakukan reformasi sebelum terlambat seperti mana yang berlaku di Indonesia kerana Suharto dijatuhkan melalui demontrasi jalanan.

Bahkan dalam ucapannya itu Anwar mendesak dilakukan reformasi terhadap sistem kewangan negara dan menganggap penubuhan "Danaharta" oleh Mahathir adalah tindakan untuk menghalalkan "Bailout" terhadap syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan yang bankrap akibat krisis kewangan antarabangsa ketija itu.

Maka dakwaan Azmin adalah tidak benar bahawa Anwar tidak pernah merancang untuk menjatuhkan Tun M ketika itu. Bukti liwat dijadikan senjata untuk memusnahkan kembali Anwar. Justeru jangan hairan kehadiran Tun M ke konvensyen kali ini adalah langkah berpura pura untuk terus memusnahkan Anwar kerana dia amat alergik dengan perkataan "reformasi".

SAAT KEJATUHAN DINASTI LIM

Walaupun mendabik dada kononnya DAP memperjuangkan sistem demokrasi tulin, tetapi sudah begitu lama kepimpinan tertingginya dikuasai oleh dinasti keluarga yang tidak demokratik. Pengerusi dan Setiausaha Agung parti dipegang oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tanpa boleh diganggu gugat.

Bagaimana bapa dan anak ini boleh bertahan lama? Bahkan tidak ada tanda tanda mereka berdua ini merancang peralihan kuasa supaya imej dinasti keluarga ini tidak mencemarkan imej DAP yang kononnya memperjuangkan sistem yang demokratik.

Apakah DAP sebuah parti yang demokratik? Ada yang menjawab secara sinis, jika kita percaya Korea Utara adalah sebuah negara yang demokratik kerana ia dikenali sebagai Democratic People's Republic of North Korea (DPRK) maka bolehlah dipercayai DAP juga adalah sebuah parti yang demokratik.

Tetapi realitinya, dinasti Lim terus mencengkam demokrasi dalam DAP sehinggakan pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) DAP pada 15.2.2012 boleh diubah 19 hari kemudiannya (3.1.2013) atas alasan kesilapan teknikal. Zairil Khir Johari yang mulanya tewas dengan 305 undi kemudiannya diistiharkan menang dengan 803 undi. Ahli DAP mendakwa keputusan itu diubah melalui manipulasi pengiraan dalam komputer. Sehingga hari ini RoS masih belum mengiktiraf keputusan pemilihan CEC parti tersebut.

Sebab itu Lim Kit Siang tidak layak membawa slogan "Ubah", kalau dinasti Lim terus menguasai parti dan sistem pemilihan parti masih menggunakan sistem tidak telus. Apatah lagi, anggota CEC parti dipilih oleh sekelompok kecil perwakilan dan bukannya oleh ahli akar umbi yang lebih ramai.

Hari ini tentangan terbuka terhadap kepimpinan dinasti Lim semakin meningkat. Keputusan empat wakil rakyat DAP di Melaka keluar parti adalah petanda bibit bibit penentangan terhadap kepimpinan Dinasti Lim sudah bermula secara terbuka. Kes rasuah Lim Guan Eng yang akan dibicara mulai Mac depan dan kredibiliti Kit Siang yang semakin dipersoalkan memberi petanda bahawa dinasti Lim semakin tertekan.

Kehadiran Mahathir sebagai rakan sekutu Lim Kit Siang turut menjadi pemusnah dinasti Lim. Sebahagian Kepimpinan DAP menganggap Tun M hanya memperalatkan DAP dan Lim Kit Siang untuk memenuhi cita cita peribadinya menjadikan Mukriz sebagai Perdana Menteri.

Justeru, amalan autokratik Guan Eng di Pulau Pinang dan imej Lim Kit Siang yang tidak konsisten dalam banyak isu terutamanya dalam isu Forex dan BMF akan menyebabkan dinasti Lim menunggu masa untuk tumbang.

10 FAKTA TENTANG PINDAAN #RUU355 YANG RAMAI SALAH FAHAM















TUN M KINI "LIABILITY"


Menurut Tun M, masa dia jumpa Anwar di Mahkamah 10 Febuari lalu mereka bincang pasal PAS. "Kita ada bincang (pasal penyertaan PAS) sebab dia (Anwar) pun hairan, Ustaz Hadi yang jadi masalah sebab tak mahu jumpa langsung....tak tahulah mungkin dia (Hadi) pembesar, jadi tak boleh jumpa (Presiden PPBM) Tan Seri Muhyiddin. Jadi payah nak cakap" katanya.

Nampaknya Tun M terpaksa mengadu kepada Anwar kegagalan beliau memujuk PAS kembali menyertai Pakatan Harapan. Tun M terdesak mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru di PRU ke 14. Mungkin Tun M minta Anwar pujuk PAS. Hanya Anwar barangkali boleh melembutkan hati Ustaz Hadi dan PAS sebagaimana usaha Anwar menyatukan PAS, DAP dan PKR semasa PRU ke 13.

Kenyataan sinikal Tun M menuduh Ustaz Hadi berlagak "pembesar" kerana tidak mahu berjumpa TS Muhyiddin Yassin sudah tentu mengguris hati penyokong PAS. Memberi tempoh sebulan umpama memberi kata dua kepada PAS. Tetapi apa hak Tun M memberi kata dua tersebut. Bila masa pula Tun M menjadi jurucakap Pakatan Harapan.

Memang wajar pun Ustaz Hadi enggan berjumpa TS Muhyiddin. Hadi pun tahu, Muhyiddin hanyalah boneka walaupun dia Presiden parti. Tun M adalah Pengerusi parti PPBM tetapi nampaknya lebih berkuasa daripada Muhyiddin. Dia buat kenyataan, dia jumpa Anwar, dia jumpa Lim Kit Siang dan umum Lim Kit Siang bakal TPM. Sudah tentu Muhyiddin kecil hati. Pastilah ahli parti juga kecewa kerana ada kenyataan Tun M yang dianggap "backfire" dan "U Turn".

Tun M masih dibelenggu dengan sifat autokratik dan kuku besi beliau. Lim Kit Siang pula menganggap dirinya adalah Ketua de facto pembangkang. Pasti satu hari nanti Tun M dan Lim Kit Siang akan bercakaran sesama sendiri.

Sebenarnyan kehadiran Tun M tidak membantu sokongan berganda kepada sesiapa. Seperti tidak membantu usaha DAP mendapatkan sokongan Melayu. Sebab itu empat wakil rakyat DAP di Melaka keluar parti. Ustaz Hadi sudah menghidunya. Matlamat menjadikan Tun M sebagai aset kini bertukar menjadi "liability"