0

MALAYSIA WAJAR MEMANDANG SERIOUS PENDEDAHAN AKHBAR USA TODAY MENGENAI PENGLIBATAN SOROS MEMBANTAH KEMENANGAN TRUMP.

Posted by MALAYsian on 4:23 PM
1. Pendedahan akhbar USA Today (semalan) amat mengejutkan terutama modus operandi yang digunakan oleh Soros di Amerika adalah hampir sama dengan apa yang berlaku di Malaysia.

2. Pendedahan USA Today bahawa Soros menggunakan Open Society Foundation menaja kumpulan kumpulan tertentu atas nama Hak Asasi dan demokrasi supaya berdemontrasi dan mengadakan protes jalanan atas kemenangan Trump untuk menimbulkan ketegangan dan melanggar undang undang di Amerika sepatutnya diambil perhatian serious oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

3. Akhbar itu mendedahkan sehari selepas Trump diistiharkan menang Soros dituduh menaja banyak kumpulan di Amerika supaya mengadakan demontrasi berterusan untuk menentang Trumph. Akhbar itu mendedahkan Soros mengapikan kebencian melalui protes jalanan. "Soros promotes hate through protest. I don't see how that helps anybody" (Rochelle Winther Los Angeles).

4. Modus operandi sama di gunakan di Malaysia iaitu Open Society Foundation menaja beberapa kumpulan termasuk BERSIH, Malaysiakini, Merdeka Centre dan Bar Council. BERSIH digunakan untuk mengadakan demontrasi berterusan kononnya untuk memperjuangakn pilihanraya bersih dan adil di Malaysia. Trump seperti yang dilaporkan oleh USA Today menggelar golongan ini sebagai "The Professional Protester".

5. Perkara sama berlaku di Malaysia sebab itu demontrasi anjuran BERSIH berterusan dan sudah masuk siri ke 5. Ia didokong pula oleh golongan profesional seperi Majlis Peguam. Malaysiakini pula sering membuat laporan berat sebelah mengenai kejayaan perhimpunan BERSIH.

6. Sedangkan sejak BERSIH 1, beberapa pilihanraya kecil diadakan dan ada yang dimenangi oleh Pembangkang tetapi BERSIH tetap diteruskan. Sebenarnya matlamat mereka adalah sama seperti di Amerika iaitu untuk mengujudkan kebencian dan Kerajaan sedia ada lebih mudah ditumbangkan melalui bantuan Soros.

7. Justeru kalau di Amerika pendedahan penglibatan Soros ini boleh menjadi isu hangat dan menyebabkan penyokong Trump iaitu kumpulan Reddit Subgroup bangkit marah dan mengadakan protes balas dihadapan pejabat Soros di Manhattan maka adalah wajar rakyat Malaysia juga mesti menentang campur tangan asing ini di Malaysia.

8. Diharap lebih banyak pendedahan dibuat mengenai penglibatan Soros terhadap beberapa organisasi di Malaysia seperti kumpulan BERSIH yang dipimpin oleh Maria Chin. Sebab itu penahan Maria Chin di bawah SOSMA adalah wajar dan pendedahan mesti dibuat segera mengenai penglibatan Soros dan Open Society Foundation di Malaysia.

9. Pendedahan Wikileaks pertengahan tahun ini mengenai "The Malaysia Programme" selari dengan pendedahan Akhbar USA Today. Ia menyebut Soros ada kepentingan peribadi dan mahu pembangkang menang PRU. Orang seperti Glen Beck dan Alex Jones menggelar Soros sebagai The Boogeyman, Puppet Master dan Fundamentally Evil, justeru memang wajar Maria Chin dan BERSIH disiasat di bawah SOSMA.


Mohd Puad Zarkashi
KP JASA Malaysia

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.