0

Harga Minyak Turun Tiga Sen, Diesel Tujuh Sen

Posted by MALAYsian on 6:03 PM


PETALING JAYA: Harga bahan api turun tiga sen pada minggu kedua bulan Oktober 2017.

Harga baharu RON97 ialah RM2.46 seliter berbanding RM2.49 minggu lalu dan harga RON95 ialah 2.16 seliter (RM2.19).

Manakala harga bagi diesel pula RM2.10 berbanding RM2.17 seliter sebelum ini.

Harga baharu ini berkuatkuasa pada Khamis (12 Oktober) sehingga Rabu depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.