0

Harga Petrol, Diesel Naik

Posted by MALAYsian on 12:19 AM


KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan petrol dan diesel bagi tempoh 9 hingga 15 November naik antara 3 sen hingga 7 sen seliter.

Harga runcit RON95 naik 7 sen kepada RM2.31 seliter, RON97 naik 6 sen kepada RM2.60 seliter dan diesel naik 3 sen kepada RM2.20 seliter.

Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui saluran media sosialnya sebentar tadi.

Mekanisme harga minyak secara mingguan berkuat kuasa 29 Mac tahun ini.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

Sumber : BERITA HARIAN 


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.