0

PENYELESAIAN LUAR KES ARBITRARI ANTARA 1MDB-IPIC. PEMBANGKANG CUBA FITNAH BARU KONONNYA KERAJAAN PULA KENA BAYAR RM25.18 HUTANG 1MDB.

Posted by MALAYsian on 5:05 PM


Apabila IPIC-1MDB membuat penyelesaian luar mahkamah arbitrari (timbang tara) kes yang melibatkan dua pihak, pembangkang rasa kecewa dan cuba spin dengan cerita bohong yang tidak berasas.

1. Fitnah terbaru Pembangkang - "JUMLAH hutang RM 25.18 Bilion ( IPIC RM5.28 Bilimon + Bon RM15.4 Bilion + Faedah Bon RM4.5 Bilion) perlu dibayar oleh 1MDB dan Kerajaan Malaysia. Di samping Itu pembangkang juga mendakwa "Penyelesaian luar arbitrari membuktikan 1MDB telah tersalah bayar kepada entiti yang tiada kaitan dengan IPIC".

2. Fakta 1 - JAMINAN IPIC ke atas bon 1MDB cukup jelas kerana IPIC perlu membayar faedah bon tersebut apabila 1MDB berkeras tidak mahu membayar faedah bon tersebut pada tahun 2016.

3. Fakta 2 - PERSETUJUAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 1MDB-IPIC telah dicapai dan ia akan membantu menyelesaikan sebanyak $2.5 bilion hutang dan faedah hutang 1MDB tanpa menggunakan DANA TAMBAHAN DARI KERAJAAN.

4. Caranya:- Menebus aset kewangan/Unit Dana Brazen Sky dan GIL 1MDB yang dijamin oleh IPIC bernilai AS$2.5 bilion serta menggunakannya untuk:-
i. Mengembalikan AS$1.2 bilion (yang disebut sebagai RM5.28 bilion dalam fitnah pembangkang) yang dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada tahun 2015 untuk menyeimbangkan penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada tahun 2016.
ii. Membayar faedah bon 1MDB bermula tahun ini sehingga tahun 2022 yang berjumlah AS$1.3 bilion (yang disebut sebagai RM4.5 bilion dalam fitnah pembangkang)

5. Fakta 3 - IPIC akan MELUPUS KIRA tuntutan sebanyak AS$481 juta Bayaran Penamatan Opsyen saham yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC akibat pertikaian ini.

6. Fakta 4 - Komitmen untuk membayar faedah dan nilai pokok bon AS$3.5 sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang dan IPIC hanya merupakan penjamin kepada hutang tersebut.

7. Fakta 5 - Bagaimanapun tidak seperti dakwaan pembangkang, 1MDB TIDAK AKAN MEMBAYAR SEKALI LAGI JUMLAH AS$3.5 BILION KEPADA IPIC atau MEMBAYAR NILAI POKOK BON AS$3.5 BILION INI.

8. IPIC telah mengakui berlaku "pembayaran kepada entiti lain" dan IPIC dan 1MDB bersetuju untuk berunding atas "keyakinan yang baik" sehingga bulan Disember 2020 bagi mencari "penyelesaian bersama" untuk membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion yang akan matang pada tahun 2022 tersebut.

9. Fakta 6 - jika TIADA PENYELESAIAN dicapai di antara IPIC dan 1MDB, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022.

10. Fakta 7 - JAMINAN IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon ini masih terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan nilai pokok bon ini jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya.

11. Pembangkang TIDAK MAHU menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB kerana ia meruntuhkan TEORI dan DAKWAAN mereka selama ini mengenai beberapa perkara, iaitu :-
I. Wang 1MDB dicuri dan ia dicuri oleh Datuk Seri Najib
II. 1MDB akan gagal membayar hutang dan ia akan mengalami kerugian
III. Unit Dana 1MDB hanya satu penipuan dan tidak mempunyai nilai
IV. 1MDB telah menyelewengkan sebahagian besar dana untuk diberikan kepada individu tertentu
V. Penyiasatan oleh pihak berkuasa AS, Switzerland, Singapura dan negara-negara lain akan mendapati Datuk Seri Najib bersalah dan beliau akan dihukum oleh negara-negara ini

12. Hakikatnya penyelesaian pertikaian IPIC-1MDB ini adalah satu kejayaan kerana ia :-
I. Dapat mengurangkan lagi hutang 1MDB seperti yang dirancang dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB
II. Membuktikan Unit Dana 1MDB mempunyai nilai dan boleh digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB
III. IPIC menerima hakikat bahawa terdapat transaksi dari 1MDB kepada syarikat itu dan terdapat jaminan ke atas aset dan hutang 1MDB.
IV. Penyelesaian luar kes arbitrari ini telah melemahkan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri.

0

Ramadhan Kian Menghampiri..

Posted by MALAYsian on 4:59 PM


0

Selamat Hari Tentera Laut Diraja Malaysia

Posted by MALAYsian on 4:58 PM


0

RAMADHAN Yang Dirindui

Posted by MALAYsian on 5:14 PM


0

YAWAS : Kenapa Teresa Berbohong?

Posted by MALAYsian on 1:51 AM

Marah benar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok apabila diasak oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim di Parlimen kelmarin mengenai dakwaan penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Selaku anak Selangor memang patut Irmohizam bertanyakan Teresa adakah benar RM10 juta dari dana YAWAS dimasukkan ke akaun sembilan wakil rakyat pembangkang?

Daripada mana RM10 juta ini diperoleh? Ke mana dan siapakah ahli-ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang menerima duit ini? Kenapa peruntukan YAWAS diagihkan ke negeri lain?

Dana yang dikatakan diperuntukkan dalam YAWAS ini besar iaitu amaunnya RM500 juta. Sedangkan pelantikan pengurus besar yang mengendalikan dana sebesar ini dikatakan tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). Dikatakan individu terbabit muflis sejak 2008. Bagaimana pula boleh menguruskan RM500 juta setahun? Bukankah ini sekali gus mencetuskan persoalan berkaitan integriti?

Adakah juga benar berlaku dana kerajaan Persekutuan telah dimasukkan ke dalam dana YAWAS?

Skim yang diletakkan di bawah YAWAS kalau disenaraikan memang berkait rapat dengan rakyat akar umbi. Terdapat skim bantuan tadika, skim mesra usia emas, skim kesihatan wanita, Insentif perkahwinan belia dan beberapa lagi. Matlamatnya murni tetapi cara pengendalian dan pengurusannya amat meragukan kerana pernah ditegur oleh Laporan Audit Negara beberapa tahun lalu.

Apabila mendengar ingatan Teresa kepada Irmohizam supaya jangan mempercayai pendedahan dibuat Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkaitan penyelewengan YAWAS, kita semua pasti tertawa sendirian.

Bukan apa, kalau si Rafizi Ramli yang mendedahkan, pasti Teresa bertepuk tampar dan siap akan bagi `bukti lagi’.

Teresa oh! Teresa. Bab menafikan adalah yang nombor satu.

Jamal sebelum ini mendakwa Teresa berbohong dan seorang wakil rakyat hipokrit kerana tidak mengaku telah menggunakan wang YAWAS hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.

Menurut Jamal, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri. Tindakan Teresa yang masih menggunakan kad ATM tersebut sangat menghairankan kerana beliau merupakan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan, bukannya di Selangor.

Dana YAWAS disediakan untuk ADUN dan Ahli Parlimen di Selangor sahaja bagi disumbangkan kepada waris yang telah meninggal dunia. Setiap keluarga akan diberikan sumbangan sebanyak RM2,500.00

0

SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE 84

Posted by MALAYsian on 9:52 PM


0

WARKAH BALAS MUHYIDDIN MEMANG ANGKUH DAN SOMBONG

Posted by MALAYsian on 10:50 PM

1. Seperti perumpamaan, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan tangan, maka warkah balas Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada titah Tuanku Sultan Johor jelas membuktikan dia kaki lawan. Muhyiddin benar benar terasa pedasnya. Itu membuktikan memang dia yang memakan cilinya.

2. Isu utama yang dipersoalkan oleh Muhyiddin dalam warkahnya itu ialah isu "angkuh dan sombong". Dia menganggap Tuanku menyindirnya sebagai seorang yang angkuh dan sombong.

3. Menulis warkah terbuka sebenarnya membuktikan Muhyiddin memang angkuh dan sombong. Dia boleh memohon perkenan Tuanku untuk mengadap jika mahu membuat penjelasan. Bagi rakyat Johor, umum mengetahui sikapnya terhadap istana semasa menjadi Menteri Besar sebab itu dia berpindah ke pusat.

4. Muhyiddin secara angkuh dan sombong hanya sekadar mengambil secebis dari cerita pembangunan negeri Johor, sedangkan ada beberapa perkara di bawah pentadbirannya yang menghantui bangsa Johor hingga ke hari ini.

5. Dana Johor yang diperkenalkan oleh beliau menyebabkan rakyat Johor terbelenggu dengan hutang bank hingga ke hari ini. Menyedihkan kerana ramai dari mereka telah pun meninggal dunia. Muhyiddin menjanjikan harga saham akan naik sampai RM5. Maka kempen membeli saham hingga ke ceruk kampung dilakukan beliau untuk menggalakkan orang kampung membeli saham termasuk berhutang di bank.

6. Apa terjadi kemudiannya. Harga saham jatuh hingga serendah 20 sen ke bawah. Setiap hari orang kampung dikejar bank. Datuk Ghani Othman mencadangkan kepada Tun M agar kerajaan pusat mengambil alih saham tersebut. Jawapan Tun M ialah Dana Johor tidak ada aset. Kalau MAS bolehlah kerajaan pusat beli sahamnya kerana sekurang kurangnya MAS ada aset seperti kapal terbang atau airport. Untuk makluman Bangsa Johor, Tun M lebih berminat menyelamatkan syarikat kroninya termasuk syarikat perkapalan anaknya Mirzan yang bankrap. Nasib orang kampung diabaikan.

7. Dasar penswastaan Muhyiddin hanya menguntungkan satu pihak. Contohnya penswastaan air. Pengurusan air bersih diberikan kepada kroninya. Menakala penswastaan perkhidmatan seperti mengurus paip bocor dan pembayaran bil ditanggung oleh Syarikat Air Johor (SAJ). Bahkan perjanjian berat sebelah itu telah pun dibuat awal iaitu SAJ mesti membeli air bersih daripada syarikat kroni Muhyiddin untuk tempoh 90 tahun. Kenapa penswastaan total tidak ditanggung oleh satu pihak sahaja?

8. Itu juga yang berlaku apabila tanah KEJORA seluas 40,000 ekar diserahkan kepada syatikat kroninya yang sama. Persoalannya kenapa pentadbiran KEJORA tidak diswastakan dan diambil alih keseluruhannya oleh syarikat kroni tersebut?

9. Muhyiddin memang angkuh dan sombong kerana dia tidak suka mendengar penjelasan. Tuanku Sultan dan Menteri Besar Johor sudah pun menjelaskan mengenai projek Forest City. Tetapi dalam warkahnya itu dia masih mempertikaikan projek reclaimation tersebut. Dia memang degil. Sebab itu dalam kes 1MDB dia juga tidak mahu mendengar penjelasan. Akhirnya hingga ke hari ini dia berterusan memfitnah 1MDB kononnya berhutang RM52 Bilion. Hakikatnya rasionalisasi telah pun berjalan termasuk penjualan Edra dan Bandar Malaysia. Sudah tentu hutang 1MDB telah berkurangan.

10. Kesemua itu membuktikan, Muhyiddin memang seorang yang degil, tidak mahu mendengar penjelasan, angkuh dan sombong.

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.