0
Kos Tunai Haji Kekal RM9,980 - Tabung Haji
Posted by MALAYsian
on
6:37 PM
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus yang diperkenal Kerajaan Arab Saudi tidak memberi impak secara langsung kepada jemaah haji muassasah kali pertama.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Seri Johan Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kos bayaran haji kekal sebanyak RM9,980.
"TH sedia maklum dan mengambil kira faktor cukai nilai tambah tersebut dalam pengiraan kos operasi musim haji 1439 Hijrah/2018.
"Namun begitu, keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung oleh TH dijangka meningkat kepada RM400 juta," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Johan mengulas rungutan dan kekeliruan orang ramai mengenai pelaksanaan VAT serta kesannya terhadap kos operasi haji dan jemaah di negara ini.
VAT diperkenalkan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat kali pertama pada 1 Januari lalu, dengan lima peratus dikenakan terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmatan.
Menurut Johan, dalam menjaga kebajikan rakyat agar dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa, TH sejak 2009 telah menanggung lebih daripada RM1 bilion subsidi haji.
BERNAMA
Post a Comment