0

MESRA JIRAN : DUN Guar Sanji @ Kampung Lahar Jambu

Posted by MALAYsian on 7:57 PM




0

Isa Nasihat Kerajaan Negeri Perlis Laksana Amanah Dengan Jujur

Posted by MALAYsian on 7:17 PM
4 Jun 2012

KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini menasihati warga perkhidmatan awam di negeri itu agar melaksanakan tanggungjawab mereka dengan amanah.

Beliau juga meminta mereka menolak segala aspek negatif dalam menjalankan tugas, yang mana perbuatan itu hanya merugikan rakyat.

Berucap pada perhimpunan bulanan anggota perkhidmatan awam negeri Perlis di sini, Md Isa turut mahu usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris terutama pada kalangan pelajar dipergiat.

Penguasaan bahasa Inggeris penting bagi meneroka pelbagai bidang ilmu yang terhidang, katanya.

BERNAMA

0

956 Ibu Tunggal dan OKU Terima DANA Perniagaan 1Malaysia di Perlis

Posted by MALAYsian on 7:13 PM
5 Jun 2012

KANGAR - Seramai 956 ibu tungggal dan orang kelainan upaya (OKU) dari negeri ini menerima bantuan Dana Perniagaan 1Malaysia berjumlah RM286,800 bagi menampung modal perniagaan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu bersama Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri menyampaikannya dengan setiap seorang penerima menerima RM300.

Pengerusi dana, Khairi Hassan berkata sejak diwujudkan pada 2008, seramai 4,000 peniaga kecil telah mendapat manfaat bantuan kewangan dan peralatan perniagaan bernilai lebih RM2 juta.

Md Isa berharap para penerima bantuan memanfaatkan kemudahan itu dengan membesarkan modal perniagaan mereka.

BERNAMA

0

Raja Perlis Bimbang Perpecahan Bangsa Melayu

Posted by MALAYsian on 5:53 AM
KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan perpecahan bangsa Melayu yang kini wujud dalam empat kumpulan.

Titah baginda jika tidak dibendung, tidak mustahil isu perpecahan Melayu akan menjadi lebih besar.

“Malang sekali sejak kebelakangan ini bangsa Melayu semakin berpecah, seolah-olah telah lupa slogan dalam pepatah Melayu sendiri ‘bersatu teguh, bercerai roboh’,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantek Bangun, dekat sini, malam tadi.

Titah baginda perpecahan bangsa Melayu adalah “bom jangka” bagi musuh yang bersedia untuk meletupkannya apabila tiba masa bagi memenuhi agenda kepentingan mereka.

Sehubungan itu, Raja Perlis menasihati bangsa Melayu agar kembali bersatu demi menjamin kestabilan negara selain menunjukkan kepimpinan yang baik kepada kaum lain di negara ini.

“Kita juga akan merasa malu kepada anak cucu kita jika kita tinggalkan negara dalam keadaan huru hara untuk mereka,” titah baginda.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Perempuan Tuanku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

BERNAMA

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.