0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN (28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2017)

Posted by MALAYsian on 8:09 PM
Harga RON95 Turun 3 Sen, RON97 Turun 3 Sen, Diesel Naik 2 Sen



0

Salam Ma'al Hijrah 1439

Posted by MALAYsian on 10:29 PM


0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN (21 SEPTEMBER - 27 SEPTEMBER 2017)

Posted by MALAYsian on 8:36 PM
Harga RON95 Turun 2 Sen, RON97 Turun 3 Sen, Diesel Turun 4 Sen



0

HARGA PETROL DAN DIESEL MINGGUAN (14 SEPTEMBER - 20 SEPTEMBER 2017)

Posted by MALAYsian on 5:07 PM
Harga RON95 Naik 1 Sen, RON97 Naik 4 Sen, Diesel Naik 9 Sen


0

JASA D'RADIO 'HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA'

Posted by MALAYsian on 2:00 AM
Jom Pakat Pakat Dengaq...

Program Bual Bicara JASA D'Radio
Tajuk : 'HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA'
Bersama : YB Tuan Ahmad Bakri bin Dato' Ali (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri)
Pada : 13 September 2017 (Rabu)
Jam : 3.00 Petang
Di : PerlisFM @ 102.9MHz

0

Harga RON95, RON97 Naik 4 Sen, Diesel Naik 1 Sen

Posted by MALAYsian on 5:50 PM

Harga runcit produk petroleum RON95, RON97 dan diesel bagi minggu ini, bermula Khamis (7 Sept) sehingga 13 September mencatatkan kenaikan.

Bermula tengah malam tadi, harga runcit RON95 adalah RM2.20 seliter (naik 4 sen dari RM2.16 seliter) dan RON97 adalah RM2.48 seliter (naik 4 sen dari RM2.44 seliter).

Sementara itu, harga runcit diesel pula naik 1 sen kepada RM2.05.

0

TIMBANG SEBELUM PILIH TEMPOH PAJAKAN - MB PERLIS

Posted by MALAYsian on 8:25 PM

PADANG BESAR 5 Sept. - Kerajaan negeri menasihatkan penerima surat kelulusan pemberimilikan tanah kerajaan supaya membuat pertimbangan tepat semasa membuat pemilihan tempoh pajakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, ini memandangkan penerima ini diberikan peluang untuk memilih pajakan selama 30, 60 atau 99 tahun.

“Buat keputusan sewajarnya dengan mengikut kemampuan masing-masing bagi kemudahan membuat bayaran nanti,” katanya selepas majlis Penyerahan Surat Kelulusan Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Perlis di Dewan Seri Melati di Beseri, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perlis, Mawar Omar.

Sebanyak 172 menerima surat berkenaan yang melibatkan kawasan Chuping sebanyak 79 orang, Beseri (21), Kurung Anai (18) dan selebihnya dari beberapa kawasan lain di negeri ini.

Azlan berkata, setiap pe­nerima surat kelulusan pemberimilikan tanah ini perlu faham bahawa jika memilih pajakan selama 99 tahun maka bayarannya lebih tinggi berbanding dengan pajakan selama 30 tahun.

“Jangan salahkan kerajaan pula jika tanah akan dirampas jika gagal membayar mengikut tempoh yang telah kita tetapkan,” katanya.

Azlan berkata, penerima surat kelulusan pemberimilikan tanah ini bernasib baik kerana akhirnya selepas 10 tahun, permohonan mereka diterima.

“Kita memberikan kelebihan bagi yang sudah memohon 10 tahun ke atas kerana sehingga kini lebih 2,000 permohonan sedang diproses,” katanya.




0

TERIMA KASIH TAN SRI

Posted by MALAYsian on 4:58 PM


0

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017

Posted by MALAYsian on 11:57 PM
BUAT ADIK-ADIK CALON PEPERIKSAAN UPSR 2017. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017. SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.



0

TAHNIAH MALAYSIA

Posted by MALAYsian on 8:59 PM

TAHNIAH KONTINJEN MALAYSIA SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR YANG TELAH MUNCUL JUARA KESELURUHAN.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA ATLET DAN PENGURUSAN YANG TELAH MENGHADIAHKAN KEMENANGAN INI BUAT RAKYAT MALAYSIA.

#KITAJUARA #BANGKITBERSAMA #KL2017

0

KEMUKAKAN PANDANGAN ANDA UNTUK #BAJET2018

Posted by MALAYsian on 5:38 PM
ANTARA PANDANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK #BAJET2018


JOM KEMUKAKAN PANDANGAN ANDA.
LAYARI https://bajet2018.najibrazak.com/

0

172 DAPAT SURAT HAK MILIK TANAH DI PERLIS

Posted by MALAYsian on 5:24 PM

PADANG BESAR 4 Sept . - Penantian 172 orang penduduk untuk mendapatkan hak milik tanah berakhirkan apabila mereka mendapat Sijil Kelulusan Pemberimilikan Tanah daripada kerajaan negeri hari ini.

Daripada jumlah ini, ia melibatkan 79 pemohon dari kawasan Chuping, Beseri (21), Kurung Anai (28) dan selebihnya dari kawasan lain di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menyampaikan Sijil Kelulusan Pemberimilikan Tanah Kerajaan Negeri Perlis ini kepada pemohon berkenaan pada majlis yang diadakan di Dewan Seri Melati, Beseri dekat sini petang ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perlis, Mawar Awang.

Azlan berkata, pemohon berkenaan dipilih selepas membuat permohonan sejak lebih 10 tahun lalu.

Beliau berkata, berkat di atas kesabaran itu akhirnya telah diluluskan.

Sehubungan itu katanya, setiap pemohon diminta memastikan dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah itu nanti dengan sempurna supaya hak milik tidak ditarik balik.






Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.