0

172 DAPAT SURAT HAK MILIK TANAH DI PERLIS

Posted by MALAYsian on 5:24 PM

PADANG BESAR 4 Sept . - Penantian 172 orang penduduk untuk mendapatkan hak milik tanah berakhirkan apabila mereka mendapat Sijil Kelulusan Pemberimilikan Tanah daripada kerajaan negeri hari ini.

Daripada jumlah ini, ia melibatkan 79 pemohon dari kawasan Chuping, Beseri (21), Kurung Anai (28) dan selebihnya dari kawasan lain di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menyampaikan Sijil Kelulusan Pemberimilikan Tanah Kerajaan Negeri Perlis ini kepada pemohon berkenaan pada majlis yang diadakan di Dewan Seri Melati, Beseri dekat sini petang ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perlis, Mawar Awang.

Azlan berkata, pemohon berkenaan dipilih selepas membuat permohonan sejak lebih 10 tahun lalu.

Beliau berkata, berkat di atas kesabaran itu akhirnya telah diluluskan.

Sehubungan itu katanya, setiap pemohon diminta memastikan dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah itu nanti dengan sempurna supaya hak milik tidak ditarik balik.






0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.