0

Maklumat, Berita Palsu Ancaman Kepada Demokrasi - Salleh

Posted by MALAYsian on 11:08 PM

KUALA LUMPUR - Demokrasi dan kebebasan bersuara perlu dilindungi daripada maklumat dan berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, keutuhan kedua-dua perkara itu perlu ditegakkan dengan mengekang salah guna kebebasan bersuara oleh mereka yang menyebarkan maklumat dan berita palsu.

Katanya, pemimpin Pakatan Harapan mendakwa undang-undang baharu yang dicadangkan bagi membendung salah guna kebebasan bersuara dan berita palsu bertujuan untuk menyembunyikan kebenaran.

“Malah, dunia Barat mula mengkaji semula kebebasan bersuara dan kini menganggap maklumat dan berita palsu sebagai bukan kebebasan bersuara tetapi ancaman kepada demokrasi,” katanya dalam catatan terbaharu blog sskeruak.blogspot.my.

Menurutnya, Britain, tonggak demokrasi dan kebebasan bersuara, juga berpendapat bahawa orang ramai telah menyalahgunakan kebebasan bersuara dan ia sedang menimbang untuk menggubal undang-undang baharu bagi membendung perkara itu.

Menteri berkenaan berkata, undang-undang antiberita palsu yang baharu itu adalah terpakai kepada semua dan bukan hanya tertakluk kepada politik berikutan meningkatnya berita-berita palsu.

“Jika apa yang disebarkan bukanlah berita palsu, oleh itu, mengapa perlu rasa bimbang,” katanya.

Salleh berkata undang-undang berkenaan bertujuan melindungi mangsa berita palsu yang sepatutnya turut diberi keadilan.



BERNAMA

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 BERJASALAH PADA RAKYAT All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.