0
KKMM Tutup Akaun Media Sosial Sebar Fitnah
Posted by MALAYsian
on
11:25 PM
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti hampir 2,000 akaun media sosial palsu yang aktif dalam penyebaran berita palsu dan fitnah di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata pihaknya sudah mengambil pelbagai tindakan terhadap akaun palsu itu termasuk menutupnya.
"Daripada 2,000 akaun palsu itu hampir 75 peratus sudah diambil tindakan dan selebihnya masih dalam siasatan.
"Bagi tempoh Januari 2016 hingga Jun tahun ini, sebanyak 22 kes membabitkan media baharu termasuklah media sosial, laman sesawang dan blog sudah disiasat.
"Daripada jumlah itu, 19 kes dikenakan tindakan kompaun dan lima kes didakwa dan disabitkan kesalahan," katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Tasek Gelugor).
Post a Comment