0
IMPLIKASI KEPUTUSAN BIRO POLITIK PKR
Posted by MALAYsian
on
9:32 PM
Dalam posting saya 13 Mei lalu, saya menyatakan tiga exco PAS di Selangor tidak perlu letak jawatan. Tidak berbangkit, itu bermaruah atau tidak. Sebaliknya adalah tidak bermaruah jika Azmin Ali tidak berani memecat tiga exco berkenaan.
Malam tadi mesyuarat Biro Politik PKR tidak berani buat keputusan agar Azmin memecat tiga exco PAS itu. Mereka hanya mengarahkan supaya ahli PKR yang mendapat perlantikan politik dalam pentadbiran negeri Kelantan meletak jawatan.
Mungkin PKR mahu menyindir PAS, iaitu kalau PKR sanggup melepaskan jawatan lantikan politik di Kelantan kenapa pula 3 exco PAS tidak sanggup letak jawatan.
Dalam kenyataan Wan Azizah itu, disebut PKR mahu "melunakkan" hubungan dengan PAS. Apakah itu punca tindakan memecat tidak diambil? Dan apakah itu bermakna PKR umpama hidung tak mancung pipi tersorong sorong?
Lain pula dengan Tun Mahathir. Beliau tuduh PAS mahu memecahkan belahkan Melayu secara solo. Soalnya, kenapa Tun M sanggup pula bergabung dengan DAP untuk memecahkan belahkan Melayu. Sedangkan dia pernah menuduh DAP adalah anti Melayu dan anti Islam. Apakah Selangor akan berhadapan sekali lagi krisis politik panjang seperti mana Wan Azizah gagal menjadi Menteri Besar selepas Langkah Kajang?
MT UMNO
Post a Comment