0
Kesepakatan Rakyat Kukuhkan Perpaduan
Posted by MALAYsian
on
8:30 AM
KANGAR - Semua kaum di seluruh negara ini akan terus menikmati perpaduan yang kukuh sekiranya seluruh anggota masyarakat mengamalkan hidup setia kawan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, nikmat ini pasti dapat dirasai oleh semua tanpa dibatasi apa-apa fahaman atau kepercayaan agama.
Menurutnya, konsep Satu Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri bertepatan dengan hala tuju negara pada masa kini.
“Prinsip ini adalah satu prinsip yang mementingkan keadilan sosial meliputi semua kaum tanpa menyisihkan mana-mana pihak.
“Oleh itu, saya yakin kita pasti dapat menyahutnya sekiranya kita teruskan semangat setia kawan yang sedia terjalin selama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa memberikan ucaptama pada Program Bicara Eksekutif Budaya ‘Satu Budaya, Satu Malaysia’ ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ di Auditorium Taman Budaya, di sini.
Hadir sama, Exco Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Abdul Jamil Saad, Wakil Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Abd Malik Munip dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri, Abdul Mutalib Abdul Rahman.
Dr Md Isa berkata, dalam menuju kemajuan dan pembangunan sama ada negara atau negeri, kerajaan sentiasa berusaha menyelaraskan pembangunan agar semua dapat menikmati.
“Kerajaan turut menitikberatkan pembangunan di luar bandar agar ia selaras dengan pembangunan di kawasan bandar.
“Ini bagi memastikan penduduk di luar bandar tidak ketinggalan dalam menikmati kemajuan negara yang juga disumbangkan oleh mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Md Isa menasihati rakyat agar sentiasa tabah menghadapi sebarang dugaan dan cabaran yang menimpa malah tidak mudah melenting untuk menempuhinya.
:Beliau turut menggesa kakitangan awam dan swasta di negeri ini untuk memberi komitmen tinggi terhadap tugas untuk mencapai kejayaan peribadi, organisasi dan seterusnya kepada negeri.
:Katanya, keikhlasan dalam menjalankan tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan.
SINAR