0
RON95, RON97 Naik 4 Sen
Posted by MALAYsian
on
11:20 PM
KUALA LUMPUR: HARGA runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 4 sen seliter manakala diesel naik 6 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini.
Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik 4 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.07 seliter berbanding RM2.03 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.32 berbanding RM2.28 sebelum ini.
Harga baharu diesel pula naik 6 sen menjadikan harga jualannya RM2.05 seliter berbanding RM1.99.
Harga baharu bahan api itu berkuat kuasa dari 3 Ogos 2017 hingga 9 Ogos 2017.
Sumber : BERITA HARIAN
Post a Comment